A Famosa Resort

Nak berseronok, tapi tak mahu masuk ke bandar Melaka? Jomjalan ke A Famosa Resort ini

Resort ini berada di pinggir tol Simpang Ampat Melaka. Jadi ia jauh dari tarikan lain di bandar Melaka. Tapi jika anda menginap di sini, tarikan yang ada sudah cukup untuk memenuhkan hujung minggu anda.

Apa Ada di A Famosa Resort?

1. Taman Tema Air
Taman Tema Air di sini adalah antara yang terbaik di Melaka. Mungkin tidak sehebat Sunway Lagoon, tapi ia masih ada pantai buatan dan luncur air setinggi 7 tingkat.

Dan selain slide air, di sini anda juga akan menjumpai halangan air seperti dalam Ninja Warrior — sesuai untuk mencabar kawan anda yang suka bercakap besar.


2. Safari Wonderland
Kalau anda sukakan binatang, beli tiket ke Safari Wonderland.

Anda akan menaiki jeep sambil masuk ke dalam habitat haiwan liar seperti harimau dan kawasan ala Afrika yang lengkap dengan pelbagai binatang.

Di sini, anda pula akan berada di dalam ‘sangkar bergerak’. Haiwan-haiwan ini pula yang bakal melihat anda.

Sebelum ke Safari, anda akan melalui kawasan zoo mini dan petting zoo. Jika anda tidak kisah dengan binatang yang tidak mandi, anda boleh sahaja membelai haiwan seperti kambing gurun dan lain-lain.


Di Safari Wonderland, anda juga boleh menonton pertunjukan haiwan. Tapi ia lebih menarik dari kebanyakan pertunjukan haiwan di mana-mana zoo Malaysia kerana anda bakal dihiburkan oleh gajah.

3. Bandar Koboi
Di kawasan ini anda akan masuk ke dalam dunia koboi — dengan Red Indian, koboi dan bangunan Wild West dikeliling anda.

Di sini, anda boleh bermain bowling, masuk ke taman tema kanak-kanak, melihat pertunjukan bunga api dan melihat pertunjukan wayang 4D. J

Belum cukup? Jangan lupa melihat pertunjukan lagak ngeri koboi dan perarakan karnival ala parti jalanan hingga tengah malam.

Penginapan

Kalau anda mahu tidur di sini, tiada masalah. Ada rumah untuk anda sewa. Walaubagaimanapun, anda masih boleh menempah hotel di luar dan masuk hanya untuk ke taman-taman temanya.

Harga Tiket Warganegara Malaysia

Semua harga di bawah datang dengan set makan.

TarikanDewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
Isnin-Jumaat
Safari Wonderland6451
Taman Tema Air5145
COMBO Safari & Taman Tema Air

9274
Hujung Minggu
Safari Wonderland6955
Taman Tema Air5951
COMBO Safari & Taman Tema Air
10284

Harga Tiket Pelancong Asing

Semua harga di bawah datang dengan set makan.

TarikanDewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
Isnin-Jumaat
Safari Wonderland123111
Taman Tema Air160139
Hujung Minggu
Safari Wonderland168152
Taman Tema Air213192

Perhatian Penting

1. Waktu Operasi Setiap Tarikan Berbeza. Rujuk laman web rasminya untuk waktu tepat

2. Taman Tema Air ditutup setiap Selasa (kecuali pada cuti umum & cuti sekolah)

Peta ke A Famosa Resort

Apa Yg Best Kat Melaka?

Tempat menarik kat Melaka

Layan kedai makan sedap Melaka

Hotel terbaik pilihan kami