Taman Tema Escape

Jika Shah Alam ada taman lasak Skytrek, Pulau Pinang pula ada taman Escape ciptaan anak tempatan.

Dibuka pada pertengahan 2013, taman tema dengan 17 tarikan ini membolehkan anda balik ke zaman kanak-kanak.

Sekarang anda boleh memanjat pokok, meneroka terowong, berlumba menggunakan tiub serta “terbang” di udara dengan tarikan bernama Atan’s Leap.

Jika anda datang dengan anak-anak yang tidak pandai memanjat, tak mengapa. Ada juga tempat mereka bermain di dalam bilik yang berwarna-warni.

DCIM102GOPRO

Rumah Rehat Pokok

Bestnya, kalau anda mahu berehat, anda boleh menyewa rumah pokok di sini. Bukan apa, jika anda dan anak-anak hanya biasa menghadap iPad, cabaran di Escape bakal buat anda termengah-mengah mencari air dan tempat berehat.

Suasana kampung

Di sini anda juga bakal melihat ayam-ayam katik berkeliaran di sebalik pokok dan sayur kampung. Ini sebagai menambah efek taman supaya menjadi ala kampung. Janganlah pula anda bawa balik sayur dan ayam taman ini sebagai cenderamata.

Taman Air

Escape dijangka akan membuka taman air dan hotelnya dalam beberapa tahun lagi.

Harga Tiket

Dewasa : RM83
Kanak-kanak : RM55

SAMSUNG CSC