Tambun Lost World

Taman tema pertama Ipoh ini dikelilingi gunung batu kapur. Memang terasa masuk ke Lost World !

Taman Tema Lost World di Tambun, Ipoh ini memang antara tempat paling ramai pengunjung semasa hujung minggu.

Kalau orang Selangor ada Sunway Lagoon, orang Ipoh pula berseronok dengan Lost World ini. Lagipun pemiliknya sama, dan standardnya pun lebih kurang hebat. Bezanya kawasan ini jauh lebih cantik dan hijaunya semulajadi.

lost world of tambun

Apa Ada Di Sini

Untuk Anak Anda
Untuk anak ada, seperti biasa ada kolam besar untuk mereka berseronok. Kalau itu belum cukup, dapatkan pelampung dan masuk ke dalam sungai buatan di keliling taman tema ini.

lost world of tambun

Sebelum balik, anda boleh masuk ke petting zoo yang ada burung-burung jinak dan binatang lain boleh anda beri makan dari tapak tangan.

Untuk Mak & Bapa

Kalau anda ingin merasa buaian tinggi, ada juga untuk anda. Cuma jaga-jaga, takut terkeluar semula sarapan pagi.

Dan seperti biasa, ada beberapa slide air untuk anda menjerit dan bergelak ketawa.

Hot Spring

Lost World Tambun juga ada beberapa kolam air panas. Jaga anak-anak. Takut-takut ada yang ingat semua kolam sama. Menangis nanti kalau melompat terus masuk ke kolam yang panas nanti.

Kalau anda rasa siang memang tidak praktikal untuk masuk ke kolam ini, datanglah pada waktu malam. Taman tema ini akan ditutup, cuma bahagian untuk kolam air panas dibuka.

Apa Lagi Yang Ada Di Sini

lost world of tambun makan
Selain slides air, Lost World juga ada harimau, kawasan ala-ala tempat membijih, spa dan hotel.

Dan kalau anda mahu datang untuk team building, tiada masalah. Anda boleh masuk ke terowong dengan air paras pinggang, memanjat gunung batu kapur ataupun menjerit bila merentas tasik dengan zipline

Harga Tiket

 Dewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)Warga Emas (RM)
Lost World
Warganegara58.5052.5052.50
Pelancong Asing8174.7074.70
Hot Spring (Malam)
Warganegara362936
Pelancong Asing453845

Waktu Operasi

Tutup Selasa kecuali semasa cuti umum/sekolah

 Waktu Buka
Hari Biasa11pg – 6 ptg
Hujung Minggu10pg – 6 ptg

Peta Ke Sini

Loading
Center map
Traffic
Bicycling
Transit

swing lost world of tambun