The Andaman

Datang untuk bulan madu dan wang bukan masalah? The Andaman mungkin jawapannya.

The Andaman Resort ini adalah resort 186 bilik di Langkawi yang terletak di antara pantai yang memutih dan hutan dara yang hijau.

Kawasan ini terpencil, dan sangat sesuai kalau anda datang berbulan madu atau ingin diulit kemewahan. Bukan sahaja ianya cukup eksklusif, tapi anda boleh bersantai di pantai persendirian (yang antara yang terbaik di dunia).

Kalau anda berasa ingin berbakti, anda juga boleh ikut aktiviti membaik pulih batu karang di pusat pemulihan batu karang di hotel ini.

Yang Baik

  • Pantai yang sangat cantik
  • Ada mesin pembancuh kopi peribadi di bilik
  • Anda berpeluang melihat unggas liar di sekitar hotel sewaktu penginapan
  • Lawatan jalan kaki melihat unggas diadakan percuma pada awal pagi dan senja

Yang Buruk

  • Jauh dari tempat membeli belah dan tarikan pulau Langkawi
  • Bilik tidak sebesar hotel mewah di Langkawi lain
  • Shuttle percuma ke bandar ada, tetapi tidak kerap.

Harga Bilik

Dari RM960 (~$235.39)

Lihat Harga Terkini

Apa Lagi Yg Best Kat Langkawi?

Tempat menarik kat Langkawi
Layan kedai makan sedap Langkawi
Hotel terbaik pilihan kami