The Habitat

Nak tengok pulau ini dari tempat setinggi-tingginya? Jom ke The Habitat.

the habitat penang

The Habitat ini taman hutan dengan fasiliti dan pemandangan kelas dunia.

Dan ia ada beberapa taman hutan bersama dengan kawasan pemerhati yang cukup mengkagumkan. Kalau anda ada duit, dan mahu bersiar-siar di tempat sejuk dengan pemandangan hijau pulau ini, The Habitat memang tempatnya.

Untuk kebanyakan rakyat Malaysia, sayangnya The Habitat bukan murah. Harga nak berjalan di atas jambatan Tree Top Walk-nya kurang sedikit dari Rainbow Skywalk Komtar.

Jadi kalau sudah berkesempatan ke sini, layan puas-puas ya?

the habitat penang giant swing

Cara Ke Sini

Ada 3 cara ke The Habitat
1. Cara Biasa : Naik kereta kabel Bukit Bendera. Jalan terus sampai ke pintu masuk The Habitat.

2. Cara Orang Cergas : Jalan kaki rentas masuk denai dari Botanical Garden. Masa diambil – 2 jam.

3. Cara Orang Kaya Ekstrim: Naik jeep peribadi 4WD dari Botanical Garden.

Tree Top Walk

the habitat penang tree top walk
Semasa zaman lanun East India menjajah Pulau Pinang, kawasan tinggi ini dijadikan tempat memerhati kapal musuh.

Sekarang, platform tinggi Tree Top Walk dibuat khusus untuk anda layan pemandangan Penang sampailah ke Langkawi.

Kalau anda mahu view cantik untuk bergambar, ini tempatnya.

Harga Tiket

 Dewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)Family (2 dewasa + 2 Kanak-kanak)
Tiket5030130

Waktu Operasi

Tutup Rabu
Khamis – Selasa : 9:30pg – 6 ptg

Peta Ke Sini

Loading
Center map
Traffic
Bicycling
Transit

the habitat penang monkey

Apa Lagi Yg Best Kat Penang?

Tempat menarik kat Penang
Layan kedai makan sedap Penang
Hotel terbaik pilihan kami