The House of Museum

Nostalgia betul. Nak tengok barang lama yang diguna datuk nenek kita dulu? Mai sini

house of museum melaka

Ini tempat anda boleh tengok telefon lama, radio lama sampailah ke bekas rokok lama. Rokok dulunya bukan dalam kotak, tapi dalam bekas tin.

Dan rokok ini pula boleh dibeli sebatang-sebatang oleh budak kecil yang masih hisap puting (tapi untuk bapanya lah ye?).

house of museum melaka

Apa Ada di House of Museum?

Ada 8 bahagian di sini muzium kecil 2 tingkat ini. Ada kedai gunting rambut yang semuanya manual (dengan mesin trim tangan yang bunyi ketak, ketak), kedai sinseh Cina sampailah ke ruang tamu rumah dulu yang siap dengan perabot rotan.

Tempat ini terasa macam muzium pun ya, tempat barang antik pun ya. Garaj lama tanpa sawang pun ya.

Apapun, tempat ini memang tarikan Melaka yang wajib tuju. Terutamanya kalau anda datang dengan anak kecil yang kuat mengamuk bila WIFI hilang walaupun sekejap. Yang tak tahu susah payah, dan tidak merasa hidup di zaman TV cuma sebesar kotak kasut. Itupun hitam putih. Dan perlu ada lesen — tiap-tiap tahun.

Aduhai (facepalm).

Waktu Operasi

Tutup Rabu & Khamis
Isnin & Selasa : 10pg – 5ptg
Jumaat – Ahad : 10pg – 6ptg

Harga Tiket

 Dewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
Tiket128

Peta Lokasi

Loading
Center map
Traffic
Bicycling
Transit

Apa Lagi Yg Best Kat Melaka?

Tempat menarik kat Melaka

Layan kedai makan sedap Melaka

Hotel terbaik pilihan kami