The Loaf Telaga Harbour

Mengidam roti dan pastri semasa di Langkawi? The Loaf yang berada di Telaga Harbour ini adalah tempat paling tepat untuk menjamu selera.

Kedai roti Jepun yang dimiliki oleh Tun Mahathir, iaitu bekas perdana menteri Malaysia ini bukan sahaja terkenal dengan sajian enak dan eksklusif, tetapi juga dengan pemandangan kapal-kapal berlabuh yang jarang dapat dilihat di Malaysia.

Hidangan Lengkap

Selain roti, anda juga boleh merasai pelbagai hidangan makan pagi dan tengah hari — dari salad dan laksa ke sajian berat seperti ikan dan spaghetti.

Di The Loaf Telaga Harbour, anda bukan sahaja membeli roti, tetapi juga membeli pengalaman menikmati hidangan enak dalam suasana seperti di kawasan Mediterranean.

Peta Ke Sini

Loading
Center map
Traffic
Bicycling
Transit

Apa Lagi Yg Best Kat Langkawi?

Tempat menarik kat Langkawi
Layan kedai makan sedap Langkawi
Hotel terbaik pilihan kami