traders hotel  - hotel terbaik di kuala lumpur

Traders Hotel

Nak dekat dengan Menara Berkembar Petronas? Dan nak hotel ada class? Ini jawapannya.

Lebih popular di kalangan ahli perniagaan daripada pelancong, hotel Traders ini ada perkhidmatan perniagaan yang lengkap. Ini termasuklah WiFi percuma di seluruh kawasan hotel dan khidmat ulang alik ke lapangan terbang dengan limosin.

Dengan taman KLCC yang terletak di hadapan mata dan Aquaria dalam jarak berjalan kaki, Traders juga adalah hotel pilihan untuk ramai pelancong asing (dan pelancong tempatan yang berpoket tebal).

Kalau anda mahu merasai pengalaman menginap di sini, pastikan anda menempah bilik anda seawal mungkin. Jika tidak, anda mungkin gigit jari.

rooftop area traders kl traders food area bilik hotel traders

Ulasan Hotel Traders KLCC

Yang Baik Tentang Traders

  • Hotel dalam jarak berjalan kaki ke KLCC, dan tanpa perlu melintas jalan raya.
  • Perkhidmatan buggy percuma disediakan dari pagi hingga malam ke KLCC.
  • Sarapan yang beraneka jenis.
  • Bilik dan kemudahan moden.
  • Taman KLCC dengan kolam renang awam dan taman permainan kanak-kanak ada di hadapan hotel.
  • Check-in dan check-out pantas.
  • Tempat letak kereta percuma.
  • Wifi dan internet berwayar dalam bilik percuma.
  • Kebanyakan bilik ada pemandangan KLCC.
  • Harga bilik separuh dari harga bilik hotel Mandarin (yang mempunyai bilik lebih kecil saiznya).
  • Sesuai untuk family atau yang datang untuk honeymoon.

Yang Buruk Tentang Traders

  • Stesen tren agak jauh.
  • Sukar mendapat bilik jika tempahan dibuat 2, 3 hari sebelum datang.

Tarikan Sekitar Hotel Traders

Harga Bilik Traders

Dari RM [currency]480[/currency]

Harga BiasaRM 390 ++
Tempah
Tempah

JomJalan Seluruh KL

Senarai tarikan best di Kuala Lumpur
Hotel terbaik pilihan kami
Promo hotel, tarikan KL
Layan kedai makan sedap kat KL
Jomjalan