Tropical Sunset Cruise

Jom tengok matahari terbenam dari kapal kecil, sambil kita redah ombak Langkawi.

Dengan Sunset Tropical Cruise, anda akan meluncur di atas laut Langkawi seperti Paris Hilton.

Bezanya anda di atas kapal ini selama 3 jam bersama-sama dengan pelancong lain.

Sewaktu di atas kapal, anda boleh menikmati makan malam dan minum tanpa had. Walaupun terdapat minuman beralkohol, pengunjung Islam boleh sahaja memilih air lain yang disediakan. Untuk makanan, terdapat banyak pilihan makanan laut seperti ikan, sotong dan udang untuk anda nikmati.

Jika anda bosan berehat di atas bot, anda boleh terjun ke laut dan berendam di dalam jaring yang dilabuhkan di tepi kapal.

Pendek kata, untuk mereka yang mempunyai bajet lebih dan datang ke Langkawi untuk bulan madu, ini memang pengalaman rare yang wajib dibuat.

Harga Tiket

 Dewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
Warganegara2416
Pelancong Asing3922

Apa Yg Best Kat Langkawi?

Tempat menarik kat Langkawi

Layan kedai makan sedap Langkawi

Hotel terbaik pilihan kami