Tune Hotel Penang

Tune Hotel Penang yang berada di tengah bandar Penang ini sama konsepnya dengan penerbangan tambang murah AirAsia.

Jika anda tidak perlukan wifi, penghawa dingin dan TV, bilik di sini boleh anda dapati serendah RM 97.

Walaupun harganya rendah, katil di sini selesa. Jika anda datang dengan rakan, dan hanya mahukan tempat tidur yang selesa setelah puas berjalan-jalan, Tune Hotel sepatutnya diletak sebagai hotel pilihan.

Akan tetapi jika anda datang berkeluarga, ini bukan hotelnya.

Yang Baik

  • Harga rendah
  • Bilik selesa
  • Kelengkapan moden
  • Harga bilik mungkin serendah RM 39 sewaktu promosi

Yang Buruk

  • Bilik kecil
  • Tiada yang percuma — Wifi, TV, tempat letak kereta, penghawa dingin semuanya ada tambahan harga

Harga Bilik

RM97 (~$23.78) – RM250 (~$61.3)

Lihat Harga Terkini

Apa Lagi Yg Best Kat Penang?

Tempat menarik kat Penang
Layan kedai makan sedap Penang
Hotel terbaik pilihan kami