air terjun ulu chepor - tarikan alam di ipoh perak

Ulu Chepor

Kalau hari panas, boleh datang ke Ulu Chepor dan layan sejuk air sungai

Jalan masuk ke air terjun Ulu Chepor ini mungkin sukar di lihat dari jalan utama.

Tapi mungkin itu juga sebabnya mengapa selalunya tempat ini hanya dikunjungi orang Ipoh.

Kebanyakan kawasan di tempat air terjun ini hanya setinggi pinggang orang dewasa, jadi kalau anda mahu datang dengan kanak-kanak, memang tiada masalah.

Cuma jaga-jaga dengan batu licin yang banyak dan jangan mandi di kawasan yang banyak pokok buluh, melainkan anda mahu badan anda merah macam kulit epal.

ulu chepor ipoh

Kredit : kyletangp

Kalau anda mahu lebih ummphh! letak kereta terus sehingga ke hujung tempat air terjun ini. Dari sini jalan masuk dan anda boleh mandi-manda di tempat yang lebih dalam dari di bawah.

Tiket Masuk

RM 5/ kereta

 

Jomjalan