Underwater World Langkawi

Underwater World Langkawi di Pantai Cenang ini bukan saja ada ikan, tapi juga penguin.

Gambar: Ray McLaughlin

Di aquarium ini, superstar utamanya ada tiga. Penguin Afrika, penguin Rockhopper berambut ranggi serta Marmoset — iaitu antara spesis monyet paling kecil di dunia.

Jika di tempat lain hanya ada satu atau dua penguin, Underwater World Langkawi ada sekumpulan penguin yang cukup aktif berenang dan bergerak bersama.

Jadi jangan lupa tunggu waktu makan. Anda mesti tersenyum melihat mereka berjalan terhoyong hayang sambil berebut-rebut menjamah ikan.

Selain penguin, ada kawasan tropika di mana haiwan-haiwan dibiar bebas berkeliaran dan kawasan terumbu karang yang memaparkan batu-batu karang pelbagai jenis dan warna yang cukup mengagumkan.

Harga Tiket

 Dewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
Warganegara3626
Pelancong Asing4636

Apa Yg Best Kat Langkawi?

Tempat menarik kat Langkawi

Layan kedai makan sedap Langkawi

Hotel terbaik pilihan kami