Rumah Terbalik Langkawi

Benda terbalik dah mai Langkawi bang oi!

upside down house langkawi

Bezanya dengan rumah terbalik lain, rumah terbalik Langkawi ini dalam kontena.

Lepas itu pula, barang dalamnya, barang terbuang, dikutip, dibuat semula elok-elok sampai jadi tempat bergambar.

Ada 16 kawasan bergambar di sini. Dari tingkat bawah, sampailah ke atas yang ada robot transformers.

Tak payah susah pergi Singapore, kat Langkawi pun ada Bumblebee. Cuma saiznya kecil.

Harga tiket tidak murah. Jadi kalau sudah buat keputusan untuk datang, pastikan bateri phone dan kamera cukup charge. Yang masuk pula, kena sporting nak beraksi.

rumah terbalik langkawi

Kafe

Jangan risau kalau setakat minum-minum. Ada kafe di sini yang cukup hip. Bukan sahaja tong dram ditukar jadi tempat duduk dan meja, bas mini pun sudah ditukar buat jadi food truck.

Kata orang makanan di sini sedap. Tapi kami tak tahu, sebab halal tak halalnya tak clear.

Jadi minum-minum saja lah ye?

kafe rumah terbalik langkawi

Harga Tiket

 Dewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)Family (2 dewasa + 2 Kanak-kanak)
Tiket252080
Tiket + Makan3025100

Waktu Operasi

Setiap Hari : 11pg – 9mlm

Peta Ke Sini

Loading
Center map
Traffic
Bicycling
Transit

Apa Lagi Yg Best Kat Langkawi?

Tempat menarik kat Langkawi
Layan kedai makan sedap Langkawi
Hotel terbaik pilihan kami