Wax Museum Penang

Jangan jealous dengan kawan yang bergambar dengan patung Madame Tussaud di London. Penang pun ada wax museum.

wax museum penang

Kredit Arzmoha

Nak bergambar dengan Mr. Bean atau Jackie Chan? Atau nak tengok cantik sangat kah puteri Kate Williams?

Kalau ke Penang, anda sudah boleh buat semua itu. Tak lagi perlu ke London untuk bergambar dengan patung orang-orang terkenal dunia, sebab di Penang pun ada muzium patung lilin.

Patung Siapa Yang Ada Di Sini

Kalau anda geek, patung yang tak boleh dilepaskan ialah patung Steve Jobs dan Bill Gates. Untuk wanita, patung yang menjadi tumpuan semestinya encik Leonardo di Caprio dan Hugh Jackman — si Wolverine yang gagah perkasa.

Untuk orang politik dan kenamaan, ada Mandela, Kate dan suaminya serta Queen Elizabeth.

Bilangan patung mungkin tak sebanyak di London. Tapi sekurang-kurangnya anda tak perlu susah-susah lagi pergi jauh kalau setakat ingin mengendeng duduk dekat dengan selebriti.

Harga Tiket

 Dewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
Warganegara2510
Pelancong Asing3515

Peta Ke Sini

Loading
Center map
Traffic
Bicycling
Transit

Apa Lagi Yg Best Kat Penang?

Tempat menarik kat Penang
Layan kedai makan sedap Penang
Hotel terbaik pilihan kami