Zoo Melaka

Zoo Melaka ini memang tempat menarik Melaka yang wajib tuju - tak kisah anda orang tua atau kanak-kanak.

tarikan melaka - zoo & safari

Kredit gambar : Phalinn

Apa Yang Ada Di Sini?

Mini Safari
Haiwan-haiwan dari Afrika seperti zirafah, impala dan kuda belang di sini agak cergas kerana mereka dibiar bergerak bebas dalam kawasan lapang. Anda pula akan melalui kawasan mereka melalui platform tinggi di atas haiwan-haiwan liar ini.

Tunggang Kuda & Gajah
Jika anda ke sini pada hujung minggu, anda boleh menunggang kuda dan gajah. Kadar bayaran tunggangan bermula dari RM3. Waktu tunggangan adalah dari 10 pg – 12 tgh dan 2 ptg – 4 ptg

Kompleks Harimau Besar
Kompleks ini memuatkan beberapa spesis harimau — dari harimau belang ke harimau bintang yang dipelihara di dalam rumah kaca.

Saiz harimau di sini juga cukup besar dan menggerunkan. Jangan tunjuk lagak mengacah-acah. Takut anda basah seluar kalau mereka mengaum balik.

Zoo Melaka sebagai Pusat Pemuliharaan

Zoo Melaka ini hebat bukan sahaja dalam menjaga haiwan, tetapi juga hebat membesarkan anak harimau. Lebih 40 ekor anak harimau telah dilahirkan di dalam kawasan zoo.

2 ekor harimau, Mak Degong dan Awang Relak telah dihantar jauh nun ke Zoo San Diego, Amerika. Wohaaa!!

Night Safari

Kalau anda takut panas, tetapi tidak takut nyamuk, ambil pakej Night Safari. Tarikan Melaka ini dibuka pada hari Jumaat, Sabtu dan cuti sekolah. Ekspedisi anda bermula dari pukul 8 malam.

Tips

1. Tidak sanggup berjalan? Ada trem yang boleh anda naiki dengan bayaran RM3

2. Jika anda datang pada hujung minggu, jangan lupa singgah melawat Lily — si gajah yang comel dan manja. Anda juga mungkin boleh memberinya makan dalam sesi yang bermula pada pukul 11:30 pagi.

Tarikan berdekatan

Bertentangan dengan zoo ini adalah Taman Buaya dan Melaka Wonderland.

Harga Tiket Zoo & Night Safari

Warganegara
Dewasa : RM17.80
Kanak-kanak : RM7.10

Warga Asing
Dewasa : RM23.70
Kanak-kanak : RM17.80