Zoo Taiping

Ingin merasai suasana zoo tertua di Malaysia? Jika ya, datanglah ke Zoo Taiping yang dibina di kawasan Tasik Taiping ini.

Dibuka beberapa tahun selepas merdeka, Zoo Taiping mempunyai lebih 1,300 ekor haiwan di dalam kawasan lebih 30 ekar. Selain merupakan zoo pertama Malaysia, ia juga pelopor Night Safari di negara ini.

Konsep Terbuka

Berbeza dengan Zoo Negara yang hanya akhir-akhir ini sahaja giat membuat konsep zoo terbuka, Zoo Taiping memang telah sekian lama tidak meletakkan haiwannya di dalam sangkar.

Di sini, kebanyakan haiwan diletak dalam habitat besar ia sendiri dan bebas bergerak dalam lingkungan yang luas. Kawasan sungai, paya dan tasik juga dibiar melalui kawasan zoo, menyebabkan zoo ini terasa semulajadi. Jika anda bernasib baik, anda akan dapat melihat ikan-ikan air tawar yang besar dan menggerunkan di kawasan ini.

Zoo ini juga sejuk kerana ia dipenuhi pohon–pohon besar. Cuma jaga-jaga kerana pohon tinggi ini merupakan tempat tinggal haiwan-haiwan seperti kera dan tupai.

Night Safari

Jika anda mahu melihat haiwan bergerak lebih aktif dan tidak kisah membayar lebih untuk tiket masuk, Night Safari Zoo Taiping mungkin sesuai untuk anda.

Cuma jika anda ke sini pada waktu malam, anda tidak dibenarkan menggunakan flash kamera atau lampu suluh. Kasihanlah kepada haiwan-haiwan ini.

Waktu Makan

Jika anda ingin melihat haiwan-haiwan ini diberi makan, datang awal. Ia selalu dilakukan sekitar 10 pagi ke 12 tengah hari.

Harga Tiket Zoo

 Dewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
Tiket Zoo178.50
Tiket Zoo (utk org Taiping/Selama/Bagan Serai)8.504.20
Night Safari21.2010.60

* harga mungkin lebih rendah untuk kumpulan dan pelajar sekolah

Waktu Operasi Night Safari

Setiap Hari : 8:30pg – 6ptg

Waktu Operasi Night Safari

8:00mlm – 11mlm

* harga mungkin lebih rendah untuk kumpulan dan pelajar sekolah

Peta Ke Sini

Loading
Center map
Traffic
Bicycling
Transit