Cari Pakej, Tempat Menarik di Malaysia & Dunia | JomJalan

0 reviews

Kredit: Yusmar Yahaya, Ke Wynn, Auswandern Malaysia, Fantaz

Aquaria KLCC

  • Jalan Pinang, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur, Malaysia
  • www.aquariaklcc.com/

Waktu: 11 pg - 8 mlm

Masuk: dari RM 28


Ingin melihat jerung dan pari di tengah-tengah kota Kuala Lumpur? Datanglah ke Aquaria KLCC.

Taman akuarium sebesar 60,000 kaki persegi bertaraf dunia ini hampir dengan Menara Berkembar Petronas, jadi anda bukan saja boleh melihat kehebatan menara ini tetapi juga melihat kehebatan alam akuatik.

Antara tarikan utama Aquaria ini termasuklah terowong air 90 meter dengan travelator bergerak dimana anda boleh melihat ikan jerung Sand Tiger (yang kelihatan garang tetapi tidak berbahaya), ikan pari gergasi Arapamia sebesar 10 kaki, juga penyu dan hidupan laut lain berenang di sekitar replika kapal karam Royal Nanhai.

Anda juga boleh menonton bagaimana penyelam terlatih memberi makan hidupan air di sini pada masa yang ditetapkan setiap hari, melihat tapak sulaiman hidup dan menyentuh jerung buluh di Kolam Sentuh (Touchpool).

Kepada mereka yang mahukan aksi, anda boleh membeli pakej Dive With the Shark (Menyelam Bersama Si Jerung) atau pakej Cage Rage (Selaman Dalam Sangkar). Kedua-dua pakej ini membolehkan anda menyelam ke dalam kolam Aquaria dan melihat pemangsa-pemangsa ganas taman aquarium ini dengan serapat mungkin.

Tetapi mereka yang hanya mahukan pengalaman santai boleh berkunjung ke Spa Ikan untuk merasakan gigitan kecil ikan-ikan pada kaki anda.

Juga dipanggil Aquarium KLCC, tempat ini mempunyai kerusi roda dan kemudahan untuk warga tua dan orang kurang upaya.

Harga Tiket

Warganegara Malaysia Dengan MyKad
Dewasa – RM 38 (~$11.61)
Kanak-kanak – RM 28 (~$8.56)
Warga Emas – RM 28 (~$8.56)
Kanak-kanak di bawah 3 tahun – Percuma

Pelancong Asing
Dewasa – RM 50 (~$15.28)
Kanak-kanak – RM 40 (~$12.22)
Warga Emas – RM 30 (~$9.17)
Kanak-kanak di bawah 3 tahun – Percuma

Waktu Operasi

Setiap hari : 10:30pg – 8 mlm

Aktiviti

Anda boleh bersemuka dengan jerung dan makhluk laut yang lain dalam akuarium laut dengan 2 pakej menyelam ataupun pakej bermalam.

Dive With The Shark (Menyelam dengan Jerung)
Pakej ini hanya terbuka untuk penyelam terlatih yang berumur 14 ke atas.

Cage Rage (Selaman Dalam Sangkar)
Mereka yang bukan penyelam terlatih atau berumur 14 tahun ke bawah juga boleh menyelam, tetapi dalam sangkar besi. Pakej bermula dari RM 199 (~$60.81) setiap orang untuk selaman selama 45 minit. Sila buat tempahan terlebih dahulu. Hubungi marketing@aquawalk.com atau telefon 03-23331976/1977/1971

Sleep With the Sharks (Tidur Bersama Jerung)
Kanak-kanak berusia 6 hingga 13 tahun boleh menyertai program Tidur bersama Jerung pada musim cuti sekolah. Disebabkan program ini sangat popular, tempahan awal adalah disyorkan. Sila hubungi nombor atau email di atas.

Cara ke Sana

Tren RapidKL
Aquaria KLCC terletak kira-kira 15 minit berjalan kaki dari stesen Putra Suria KLCC. Dari stesen, masuk ke pusat membeli-belah Suria KLCC. Apabila tiba di kawasan maklumat pelanggan, masuk kiri dan cari jalan ke terowong bawah tanah KLCC(di sebelah Burger King). Ikut panduan yang di beri oleh papan tanda.

Bas
Untuk penumpang KL Hop On-Hop Off, anda boleh berhenti di KLCC Garden Park.

Tempat Letak Kenderaan di Aquaria KLCC
Anda boleh meletak kereta bersebelahan KLCC Convention Centre atau di tempat letak kereta bawah tanah Convention Centre itu. Anda juga boleh meletak kereta di Suria KLCC.

Penginapan

Mereka yang datang dari jauh boleh menempah hotel sekitar KLCC untuk memudahkan lawatan.


Beri Ulasan Anda


Ulasan ditutup untuk sementara waktu

© 2014 Hubungi Kami | Dasar Privasi | Terma Penggunaan | Google+ | Facebook