Cari Pakej, Tempat Menarik di Malaysia & Dunia | JomJalan

0 reviews

Kredit: Thomas Kriese, Andy Lawson, Peter Gronemann, Cornstaruk

Kuil Batu Caves

  • Exit Jalan Lingkaran Tengah 2, Kawasan Industri Batu Caves, 68100 Batu Caves, Selangor, Malaysia

Waktu: 7 pg - 6 ptg

Masuk: Percuma


Kuil Hindu Batu Caves yang terletak 11 km ke utara Kuala Lumpur adalah kuil yang di bina di dalam gua batu kapur berusia 400 tahun. Gua ini ditemui 120 tahun yang lalu oleh ahli kaji alam Amerika, William Hornaday.

Dianggap sebagai salah satu daripada kuil Hindu yang terpenting di luar India, kuil Batu Caves dikunjungi lebih 5,000 pelawat sehari. Kuil ini juga menerima lebih daripada 1 juta penganut dan pengunjung pada setiap Februari apabila penganut Hindu meraikan perayaan Thaipusam.

Mereka yang mempunyai stamina untuk menaiki 272 anak tangga ke kuil ini boleh meneroka kuil atau melencong ke Gua Gelap.

Ada pakej untuk memanjat gunung dan explorasi kuil dengan juru pandu selama setengah jam ditawarkan di sini tetapi anda mesti bersedia dengan baju ganti. Gua-gua di sini berlumpur dan lembap.

Jaga makanan dan barang-barang anda kerana monyet ekor panjang di sekitar kuil memang terkenal dengan kenakalan mereka merampas makanan dari pelawat. Mereka juga menggigit.

Cara ke Sana

Teksi
Ini adalah pilihan yang paling mudah. Anda boleh mengambil teksi dari hotel atau dari stesen RapidKL terdekat (Terminal Putra, 7km RM15).

Komuter KTM
Dari KL Sentral, komuter berhenti di stesen baru Batu Caves. Kos perjalanan adalah RM 2.

Bas
Anda juga boleh ke Batu Caves dengan bas 11/11d dari Terminal Bangkok Bank berdekatan dengan Central Market atau bas U6 dari Titiwangsa. Terdapat juga satu perkhidmatan bas baru yang bertolak dari stesen KL Sentral ke Batu Caves RM 2

Beri Ulasan Anda


Ulasan ditutup untuk sementara waktu

© 2014 Hubungi Kami | Dasar Privasi | Terma Penggunaan | Google+ | Facebook