Cari Pakej, Tempat Menarik di Malaysia & Dunia | JomJalan

0 reviews

I-City Shah Alam

  • Jalan Multimedia 7/Ag, I-city, 40000 Shah Alam, Selangor, Malaysia
  • www.i-city.my

Waktu: 10 pg - 4 pg

Masuk: dari RM10


I-City Shah Alam adalah taman tema di mana tarikan utamanya dinyalakan oleh berjuta-juta lampu LED yang terang.

Tempat kegemaran keluarga dan kanak-kanak di Shah Alam ini terkenal dengan pohon maple dan pine palsu serta bunga matahari yang dihiasi dengan lampu LED berwarna-warni yang dinyalakan pada waktu malam.

Di taman ini, anak-anak juga boleh menikmati pelbagai permainan seperti menaiki  2-Tier carousel, spacewalk atau menyaksikan filem thriller 6D di mini teater berdekatan.

Tiket kemasukan ke taman bermula dari RM10 dan harga setiap tarikan bermula dari RM5 untuk satu permainan.

Nota: Tunggangan tertentu mempunyai had ketinggian minimum.

Snowalk

I-City juga mempunyai SnoWalk – kawasan bersalji seluas 50,000 kaki persegi untuk pelawat merasai musim sejuk di Shah Alam. Selain melihat 30 ukiran ais oleh pengukir Harbin yang diterangi lampu LED, pengunjung juga boleh bermain snowboarding atau meluncur di bawah 5 darjah Celsius di dalam bilik musim sejuk buatan manusia ini.

Tiket masuk bermula dari RM40 seorang.

Nota: Tiada beg dibenarkan masuk ke Snowalk. Anda perlu meletakkan beg anda dalam loker berbayar berhampiran.

Trick Art Museum

Trick Art Museum (Muzium Seni Silap Mata) adalah sebuah galeri seni seluas 8,000 kaki persegi yang memaparkan lukisan seni ilusi optik pada dinding dan lantainya.

Muzium ini dibahagikan kepada lima galeri dengan tema yang berbeza – kerajaan haiwan, Mesir, kehidupan marin dan karya-karya terpilih, yang termasuk klasik moden dan karya-karya yang terkenal.

Pelawat dibenarkan untuk mengambil gambar dengan pelbagai aksi dengan bahan pameran.

Tiket masuk bermula dari RM5 seorang

Waterworld Park

Dibuka pada November, 2012, taman tema air seluas 10 ekar di i-City mempunyai pelbagai tarikan yang sesuai untuk semua peringkat umur. Tarikan utamanya di sini ialah The Tornado.

The Tornado adalah tunggangan selama 28 saat di mana penunggang dalam kumpulan seramai empat orang akan menggelongsor menggunakan tiub getah ke dalam terowong air curam setinggi 7-tingkat dengan kecerunan 45 darjah.

Tiket masuk bermula dari RM50 seorang.

Waktu Operasi I-City

  • City of Digital Lights: 7 ptg – 4 pg
  • Outdoor Park Rides: 6 ptg – 12 pg
  • Snowalk : 10 pg – 12 pg
  • FunWorld : 2 ptg – 11mlm
  • WaterWorld: 10 pg – 7 mlm
  • Trick Art Museum: 11 pg – 11 mlm

Cara ke Sana

    1. Komuter & Teksi: Dari KL Sentral, naik komuter KTM ke stesen Padang Jawa, Shah Alam. Dari situ, ambil teksi ke I-City
    2. Dengan Bas: Dari KL naik RapidKL U80 ke Shah Alam. Dari situ, naik bas U605.
    3. Dengan Pengangkutan Sendiri: Gunakan Lebuhraya Persekutuan. Keluar di tol Batu Tiga. Kemudian ikut papan tanda

 

Penginapan

Jika anda datang dari luar Kuala Lumpur, anda boleh memilih mana-mana hotel di kawasan ini bagi memudahkan anda ke sini.

Beri Ulasan Anda


Ulasan ditutup untuk sementara waktu

© 2014 Hubungi Kami | Dasar Privasi | Terma Penggunaan | Google+ | Facebook