Cari Pakej, Tempat Menarik di Malaysia & Dunia | JomJalan

0 reviews

Kilim GeoForest Park

  • Kilim Geoforest Park, Kuah, Langkawi, Kedah, Malaysia

Masuk: dari RM280


Jika anda datang dengan keluarga atau kumpulan besar (idealnya dalam 8 orang) anda juga boleh menaiki bot untuk menyusuri Sungai Kilim, Langkawi dan melihat tarikan alam semulajadi di sekitar kawasan Kilim Geoforest Park ini.

Dalam perjalanan di Sungai Kilim ini anda bakal melihat spesies pokok-pokok bakau yang dikatakan berusia ratusan ribu tahun dan sukar dijumpai di Malaysia. Mereka yang sukakan batuan akan terpesona melihat struktur batuan batu kapur yang sudah wujud jutaan tahun lampau.

Di dalam pelayaran Sungai Kilim, anda juga bakal melihat ratusan helang di beri makan serta masuk ke dalam gua-gua di sekitar kawasan ini, seperti gua kelawar yang sejuk dan dipenuhi ribuan kelawar yang bergayutan di siling gua.

Anda juga akan dibawa melawat tempat-tempat lain seperti gua buaya, kawasan penternakan ikan dalam sangkar (dan melihat ikan sumpit) hinggalah melawat kawasan laut Andaman yang hampir dengan kawasan jajahan negara Thailand.

Cara ke Sungai Kilim

Anda boleh mengambil bot dari Jeti Kilim.

Harga Pakej Sungai Kilim

Ada beberapa pakej yang ditawarkan.
Pakej bermula dari RM280 (~$86.74) untuk sebuah bot dengan 8 tempat duduk. Durasi lawatan adalah 1 jam.

Mereka yang ingin benar-benar meneroka boleh mengambil pakej 4 jam. Pakej bermula dari RM500 (~$154.9) untuk 1 bot. Bergantung kepada pakej, anda mungkin singgah untuk makan tengahari dan diberi masa untuk aktiviti snorkeling.

Maklumat Pelawat

Sebaik-baiknya pakai pakaian sukan dan kasut.

Pakej ini menerima kanak-kanak.

Kredit: Ahmad Naufal


Beri Ulasan Anda


Ulasan ditutup untuk sementara waktu

© 2014 Hubungi Kami | Dasar Privasi | Terma Penggunaan | Google+ | Facebook