Laman Padi

admin

Listed in Tarikan Langkawi

0 reviews

  • Laman Padi, Pantai Cenang, 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia
  • 04-9554312

Waktu: 10 pg - 10 mlm

Masuk: Percuma

 

Laman Padi
3.3 Keseluruhan
Pelawat 0 (0 votes)
Populariti
Nilai Untuk Wang
Mesra Keluarga
Laman Padi Langkawi adalah tempat untuk anda melihat sendiri keindahan sawah padi serta belajar proses menanam hingga membanting padi secara tradisional.

Di bina di kawasan seluas 2.2 hektar, Laman Padi yang teletak hanya 200 meter dari Pantai Cenang ini dibina seperti sawah padi sebenar, siap dengan orang-orang dan dangau tempat berehat.

Jika anda mahu tahu secara proses tradisi memproses padi secara mendalam, terdapat Muzium Padi di kawasan ini yang anda boleh lawati. Namun begitu, tidak seperti laman padi, waktu pembukaannya terhad dan ianya berbayar.

Aktiviti di Laman Padi

Apabila berkunjung ke sini , mereka yang tidak kisah untuk berlumpur boleh menyertai aktiviti seperti menanam padi atau menangkap ikan dengan serkap. Bayaran bermula dari RM3 (~$0.79) seorang.

Oleh kerana kawasan ini juga mempunyai kawasan herba sendiri, anda juga dinasihatkan agar meminta bantuan pemandu pelancong di Laman Padi jika anda ingin benar-benar menyelami hidup seorang petani tradisional.

Kredit: Metku

Komen Saya


Apa Kata Pelawat Lain 0 Komen Saya

Be the first to leave a rating.

© 2015 Cari Pakej, Tempat Menarik di Malaysia & Dunia | JomJalan.