(UPDATED) Senarai Tempat Menarik Langkawi Terkini 2018


Antara Tempat Menarik Langkawi 2018 Ini -- Yang Mana Yang Hangpa Nak Pi?

1 Buffalo Park

Bukan di Itali atau Australia sahaja ada tempat buat keju. Langkawi pun ada.

  • Harga Tiket: RM 3
tempat menarik utk kanak-kanak di langkawi - buffalo park

2 Makam Mahsuri

Kompleks Mahsuri yang terletak kira-kira 12 km dari Pekan Kuah ialah tempat di mana ikon lagenda Langkawi, iaitu Mahsuri dikatakan dikebumikan.

  • Harga Tiket: RM 7
pondok lama di Makam Mahsuri

3 Dataran Helang

Dataran Lang Langkawi dengan arca helang Kawi gergasi ini memang sesuai untuk buat tempat selfie atau wefie sebelum balik nanti.

  • Tarikan Percuma
Dataran Helang - tempat menarik ikonik langkawi

4 Kampung Air Hangat

Langkawi asyik sejuk dan hujan? Berendam dalam kolam air panas nak?

  • Harga Tiket: RM 5
Kampung Air Hangat

5 Air Terjun Telaga 7

Kata orang, Telaga Tujuh ini dulunya tempat orang bunian Langkawi mandi. Amacam, ada berani?

  • Tarikan Percuma
tempat menarik & free di langkawi - air terjun telaga tujuh

6 Nusantara Gamat

Gamat dan Langkawi memang tidak dapat dipisah. Dan antara kilang gamat yang ada yang boleh anda singgah ialah Nusantara Gamat

  • Tarikan Percuma
lawat kilang gamat - tempat menarik wajib di langkawi

7 Laman Padi

Teringin nak masuk sawah? Jom ke Laman Padi di Langkawi.

  • Tarikan Percuma
Laman Padi - tempat menarik & free di pulau langkawi

8 Taman Mardi Langkawi

Mahu tengok pokok buah-buahan tempatan ditanam secara tersusun? Mahu rasa sendiri manisnya pokok yang ditanam MARDI Langkawi? Jenguk tempat ini.

  • Harga Tiket: RM 7
Taman Mardi Langkawi- tarikan alam di pulau langkawi untuk peminat pokok

9 Pasar Malam Langkawi

Hari dah malam, perut dah lapar. Apa lagi, layan pasar malam la dik!

  • Tarikan Percuma
tarikan best langkawi pasar malam langkawi

10 Tasik Dayang Bunting

Tempat menarik Langkawi ini sebenarnya tasik air tawar yang besarnya 3 padang bolasepak.

  • Harga Tiket: RM 5
  • Tour Di Dalam
dayang bunting tarikan langkawi yang best

11 Mangrove Tour

Jika anda datang dengan kumpulan besar, anda juga boleh menaiki bot untuk menyusuri Sungai Kilim dan melihat tarikan alam semulajadi di Kilim Geoforest Park.

  • Harga Tiket: RM 300
Mangrove Tour - tempat best masa datang langkawi

12 Telaga Harbour

Telaga Harbour di Langkawi ini adalah tempat berlabuh kapal-kapal mewah yang boleh anda lawati sewaktu bercuti di pulau ini.

  • Tarikan Percuma
Telaga Harbour - tempat menarik & free di langkawi

13 Tanjung Rhu

Pantai Tanjung Rhu di Langkawi lebih tenang dan aman berbanding Pantai Cenang.

  • Tarikan Percuma
Tanjung Rhu - tarikan best & cantik di langkawi

14 Kayak di Dev Adventure Tours

Kalau anda mahu berkayak melalui paya bakau Langkawi, Dev Adventure Tours ada pelatih berpengalaman untuk bantu anda.

  • Harga Tiket: RM 220
kayak adventure tours - tempat aktiviti lasak di pulau langkawi

15 Idaman Suri

Satu lagi tempat popular untuk shopping. Jom singgah

  • Tarikan Percuma
shopping di idaman suri langkawi