Ini Dia! Senarai Tempat Menarik Langkawi Terkini - Utk Tahun 2017


1 Oriental Village

Oriental Village ini kawasan beli belah dan aktiviti keluarga di kaki Gunung Mat Chinchang. Ini juga tempat Muzium 3D dan kereta kabel Langkawi dibina.

  • Free
Oriental Village

2 Pulau Payar

Mahu mandi dan berenang bersama ikan berwarna-warni di sekeliling anda? Kalau bajet lebih, boleh layan Taman Marin Pulau Payar Langkawi ini.

  • Harga Tiket: RM 230
Pulau Payar

3 Skytrex Langkawi

Sukakan aktiviti lasak? Tak takutkan tempat tinggi? Skytrex Adventure Langkawi mungkin habitat sesuai untuk anda.

  • Harga Tiket: RM 45
Skytrex Langkawi

4 Kayak di Dev Adventure Tours

Kalau anda mahu berkayak melalui paya bakau Langkawi, Dev Adventure Tours ada pelatih berpengalaman untuk bantu anda.

  • Harga Tiket: RM 220
Kayak di Dev Adventure Tours

5 Idaman Suri

Satu lagi tempat popular untuk shopping. Jom singgah

  • Free
Idaman Suri

6 Telaga Harbour

Telaga Harbour di Langkawi ini adalah tempat berlabuh kapal-kapal mewah yang boleh anda lawati sewaktu bercuti di pulau ini.

  • Free
Telaga Harbour

7 Tanjung Rhu

Pantai Tanjung Rhu di Langkawi lebih tenang dan aman berbanding Pantai Cenang.

  • Free
Tanjung Rhu

8 Mangrove Tour

Jika anda datang dengan kumpulan besar, anda juga boleh menaiki bot untuk menyusuri Sungai Kilim dan melihat tarikan alam semulajadi di Kilim Geoforest Park.

  • Harga Tiket: RM 300
Mangrove Tour

9 Tasik Dayang Bunting

Tempat menarik Langkawi ini sebenarnya tasik air tawar yang besarnya 3 padang bolasepak.

  • Harga Tiket: RM 5
Tasik Dayang Bunting

10 Laman Padi

Teringin nak masuk sawah? Jom ke Laman Padi di Langkawi.

  • Free
Laman Padi

12 Taman Mardi Langkawi

Mahu tengok pokok buah-buahan tempatan ditanam secara tersusun? Mahu rasa sendiri manisnya pokok yang ditanam MARDI Langkawi? Jenguk tempat ini.

  • Harga Tiket: RM 7
Taman Mardi Langkawi

13 Nusantara Gamat

Gamat dan Langkawi memang tidak dapat dipisah. Dan antara kilang gamat yang ada yang boleh anda singgah ialah Nusantara Gamat

  • Free
Nusantara Gamat

14 Air Terjun Telaga 7

Kata orang, Telaga Tujuh ini dulunya tempat orang bunian Langkawi mandi. Amacam, ada berani?

  • Free
Air Terjun Telaga 7

15 Buffalo Park

Bukan di Itali atau Australia sahaja ada tempat buat keju. Langkawi pun ada.

  • Harga Tiket: RM 3
Buffalo Park