Cari Pakej, Tempat Menarik di Malaysia & Dunia | JomJalan

0 reviews

LasVacas

  • Jalan Yap Kwan Seng, 50450 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur, Malaysia
  • www.lasvacasmeat.com/

Waktu: 11 pg - 11 mlm

Menu: Barat


Ditubuhkan oleh Yusof Dayan dan Freddy Azman, kedai daging merangkap restoran steak di Jalan Yap Kwan Seng menghidangkan hidangan Barat dengan daging premium halal yang diimport dari Australia dan New Zealand.

Di sini, kualiti daging diberi perhatian serius dan hanya pelayan terlatih sahaja yang terlibat dalam penyediaan daging pelanggan.

Anda boleh memilih sendiri jenis daging yang anda mahu (anda juga boleh bertanya serba sedikit mengenai jenis-jenis bahagian daging dari pelayan anda) dan memilih cara masakan yang anda mahukan. Mereka yang mahu membawa pulang daging mentah untuk dimasak di rumah juga boleh berbuat demikian kerana kedai daging Las Vacas hanya dipisahkan oleh pintu kaca.

Hidangan di Las Vacas dianggap istimewa kerana bahagian dan potongan daging yang berlainan digunakan untuk setiap hidangan untuk memberikan rasa daging optimum.

Senarai Cawangan:

No.23, Jalan SS 5A/11, Kelana Jaya
47301 Petaling Jaya, Selangor
Tel: 03-78740711 Fax: 03-78740655
Waktu Operasi: Isnin ke Ahad 10 pg ke 10 mlm

LG, Mont Kiara Shoplex
Kuala Lumpur
Tel: 03-6205 2258
Waktu Operasi: Isnin 6 ptg ke 10 mlm
Selasa ke Ahad 10 pg ke 10 mlm

No.33, Lot 5, Ground Floor
Wisma Winbond
Jln Yap Kwan Seng
Kuala lumpur
Tel: 03-2161 5867; 03-2181 5586
Waktu Operasi: Isnin ke Ahad 11pg ke 11 mlm

Nota: Peta kami mungkin kurang tepat. Kedudukan restoran steak ini berdekatan dengan Tony Roma

Beri Ulasan Anda


Ulasan ditutup untuk sementara waktu

© 2014 Hubungi Kami | Dasar Privasi | Terma Penggunaan | Google+ | Facebook