Cari Pakej, Tempat Menarik di Malaysia & Dunia | JomJalan

0 reviews

Kredit: CheeHong, William Ng, Chinian, Mylifestory

MidValley

  • Mid Valley City, 58100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur, Malaysia
  • www.midvalley.com.my

Waktu: 10 pg - 10 mlm


Mid Valley Megamall adalah kompleks bersepadu yang terdiri daripada pusat membeli-belah yang besar, satu blok menara pejabat, dan 3 rangkaian hotel antarabangsa.

Pusat membeli-belah mega ini mempunyai 430 kedai-kedai di lima setengah tingkat. Dengan lima penyewa utama – Carrefour, Jusco, Golden Screen Cinemas, Metrojaya dan Harvey Norman – mencuci mata (dan poket) akan menjadi satu pengalaman yang menarik tetapi memenatkan.

Ia juga mempunyai pusat boling canggih, pusat IT, dua medan selera mega dan salah satu kedai buku terbesar di negara ini (Kedai Buku MPH).

Mereka yang datang dengan kanak-kanak juga boleh melawat Dunia Haiwan Peliharaan untuk melihat atau membeli haiwan kesayangan. Ibu bapa yang sudah penat dengan kerenah anak juga boleh meninggalkan mereka di Happy Drop dan Relax Shop di Funland Megakidz di tingkat 4 kompleks. Tiket bermula dari RM 30.

Terletak di antara Kuala Lumpur dan Petaling Jaya, MidValley mudah diakses dengan KTM Komuter kereta api, bas dan teksi.

Beri Ulasan Anda


Ulasan ditutup untuk sementara waktu

© 2014 Hubungi Kami | Dasar Privasi | Terma Penggunaan | Google+ | Facebook