Cari Pakej, Tempat Menarik di Malaysia & Dunia | JomJalan

0 reviews

Kesemua jam, minyak wangi dan barangan lain adalah tiruan
Pintu masuk utama ke Jalan PetalingKredit:Ellen Munro,Davidlohr Bueso,Avlxyz,Andy Lawson, Mike CoughSebuah kedai gunting rambut lama yang dibuka pada sebelah pagi.

Jalan Petaling (Pasar ChinaTown)

  • Jalan Petaling, City Centre, 50000 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur, Malaysia

Waktu: 10 pg - 1 pg

Masuk: Percuma


Chinatown Malaysia (atau dikenali sebagai Jalan Petaling di kalangan penduduk tempatan) adalah pasar barangan palsu, dan antara kawasan pendudukan bangsa Cina terawal di Kuala Lumpur.

Terletak 5 minit dari Pasar Seni, peniaga Cina dan peniaga warga asing memenuhi keseluruhan Jalan Petaling dari petang sehingga pagi — dengan jualan pelbagai jenis barangan — dari DVD cetak rompak dan Rolex palsu hinggalah kepada buah manggis dan itik panggang.

Pasar tersebut selalunya sesak pada waktu malam apabila pelancong dan penduduk tempatan berduyun-duyun datang membeli pakaian berjenama tiruan, minyak wangi dan cermin mata hitam atau makan di restoran-restoran terbuka di sekitar kawasan ini.

Sejak beberapa tahun lalu, Jalan Petaling ditutup untuk kereta, terlindung di bawah bumbung panjang dan mempunyai dua gerbang Cina yang besar di kedua-dua hujung jalan untuk menandakan pintu masuk ke pasar ini.

Tawar-menawar adalah kebiasaan di sini. Ia juga mungkin merupakan sebahagian daripada keseronokan membeli di sini. Tetapi oleh kerana kawasan ini terkenal dengan peniaga-peniaga yang kasar, anda dinasihati agar bersedia untuk membayar apabila harga tawaran anda telah dipersetujui oleh penjual.

Tips

  • Jalan Petaling selalunya sangat sesak pada hujung minggu (daripada pukul 4 petang ke atas). Jaga dompet anda baik-baik.
  • Jangan tanya harga buah di sini jika anda tidak mahu membeli. Apabila ditanya, peniaga biasanya akan terus mengisi beg plastik dengan buah tersebut dan meminta anda membayarnya.

Cara ke Jalan Petaling

Bas Ambil mana-mana bas yang menuju ke Kotaraya (Chinatown terletak bertentangan dengan kompleks ini).

Tren RapidKL
Anda boleh turun di Masjid Jamek, Plaza Rakyat atau Pasar Seni tetapi stesen terdekat ke Chinatown adalah dua stesen terakhir tadi.

Tren Monorail
Turun di stesen Maharajalela. Ia terletak 10 minit berjalan kaki ke Chinatown.


Beri Ulasan Anda


Ulasan ditutup untuk sementara waktu

© 2014 Hubungi Kami | Dasar Privasi | Terma Penggunaan | Google+