Cari Pakej, Tempat Menarik di Malaysia & Dunia | JomJalan

0 reviews

Menara Berkembar Petronas

  • Menara Kembar Petronas, 1 Jalan Ampang, Kuala Lumpur City Centre, 68000 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur, Malaysia
  • www.petronastwintowers.com.my

Waktu: 8:30 pg - 10 mlm

Masuk: Percuma


Dibina semasa krisis ekonomi Asia, Menara Berkembar Petronas setinggi 88 tingkat di pusat bandar adalah bangunan berkembar tertinggi di dunia.

Diilhamkan dari bentuk geometri kesenian Islam, struktur mega ini dibina setinggi 175 meter dan disambungkan oleh jambatan gantung dua tingkat sepanjang 192 kaki.

Penghuni kota ini ada yang menggelarnya dua roket pencakar langit. Ada juga yang menggelarnya dua jagung besi yang besar. Tetapi tidak kira apa yang gelaran yang diberi, dua menara ini adalah ikon utama Kuala Lumpur.

Ia juga merupakan pusat tumpuan sehenti penduduk kota dengan adanya hotel-hotel bertaraf antarabangsa, pusat membeli-belah mewah Suria KLCC, galeri seni, pusat sains interaktif Petrosains, sebuah aquaria dan dewan filharmonik bertaraf dunia di bawah satu bumbung.

Tarikan pelancong di dalam atau berhampiran KLCC

Suria KLCC
Pusat membeli-belah mewah ini mempunyai lebih dari 270 kedai, medan selera dengan makanan antarabangsa, pawagam dan restoran-restoran makan segera. Jika anda gemarkan komik manga dari Jepun, jangan lupa ke kedai buku Kinokuniya di tingkat 4.

Taman KLCC
Berdekatan menara terbina sebuah taman dilengkapi kawasan permainan kanak-kanak seluas 2 ekar, air pancut, kolam randuk dan trek joging.

Aquaria
Akuarium bertaraf dunia ini boleh dilawati dengan melalui terowong pejalan kaki di tingkat bawah KLCC. Mereka yang ingin bertentang mata dengan jerung boleh membeli pakej Menyelam Bersama Jerung ( Dive With The Sharks).

Petrosains
Terletak pada tingkat yang sama dengan kedai buku Kinokuniya, pusat penemuan sains bergelar Petrosains yang luas ini membolehkan anda dan anak-anak anda melihat dan bermain dengan objek-objek yang dipamerkan. Ini termasuklah kereta lumba Formula 1, pelantar minyak dan simulator helikopter.

Dewan Filharmonik Petronas
Di sini juga anda boleh menikmati persembahan klasik atau jazz di dalam sebuah dewan bertaraf dunia dengan kapasiti 865 tempat duduk.

Pusat Konvensyen Kuala Lumpur Pusat Konvensyen Kuala Lumpur terletak beberapa minit berjalan kaki dari KLCC. Ia merupakan pusat untuk konvensyen, pameran perdagangan dan pameran awam.

Lawati Jambatan SkyBridge

Anda boleh melihat Kuala Lumpur dari jambatan Menara Berkembar KLCC. Berikut adalah beberapa fakta yang anda perlu tahu.

PENTING:
Hanya 1,200 tiket dikeluarkan setiap hari. Anda perlu berbaris untuk mendapatkan tiket sebelum 8:30 pagi kerana tiket selalunya habis sebelum pukul 11 pagi.

Tempat mendapatkan tiket ?
Concourse Level, Aras Bawah Tanah Menara Berkembar KLCC.

Tempahan tiket dibenarkan.

Harga tiket Skybridge

    1. Pelancong Asing

  • Dewasa – RM 80 (~$23.86)
  • Kanak-kanak – RM 30 (~$8.95)
    2. Warganegara Malaysia

  • Dewasa dengan MyKad – RM 25 (~$7.46)
  • Kanak-kanak dengan MyKad – RM 12 (~$3.58)

Waktu Pembukaan
DITUTUP pada hari Isnin & DITUTUP semasa sembahyang Jumaat (13:00-2:30)
Hari Operasi: Selasa hingga Ahad
Waktu Lawatan: 09:00 pg – 9:00 mlm

Tips & Panduan Pelawat

  • Setiap kanak-kanak mesti ditemani oleh seorang dewasa
  • Kunjungan boleh dibatalkan / dijadualkan semula dengan notis yang singkat
  • Makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa ke Skybridge

Bagaimana ke KLCC

Teksi
KLCC mudah diakses dengan teksi. Jika anda dari Stesen Sentral tambang teksi tidak sepatutnya lebih daripada RM 15 (~$4.47).

KLIA
Jika anda dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), anda boleh menaiki Express Rail Link ke Stesen Sentral di Kuala Lumpur. Perjalanan ini akan mengambil masa selama 28 minit. Dari situ, anda boleh menaiki tren PUTRA LRT ke stesen KLCC. Jika anda memilih untuk mengambil teksi, perjalanan dari KLIA ke Menara Berkembar PETRONAS akan mengambil masa 60 minit.

KTM Komuter
Jika anda menggunakan KTM Komuter, berhenti di Stesen Sentral. Kemudian, naiki Putra LRT ke KLCC.

Bas
Dan jika anda suka menaiki bas, anda boleh menaiki bas RAPID KL di pusat beli belah Star Hill di Jalan Bukit Bintang atau dari Jalan Chow Kit. Turun di Wisma Equity, Jalan Ampang yang betul-betul bertentangan dengan menara Berkembar PETRONAS.

Anda juga boleh menaiki bas RAPID KL dari Jalan Silang berhampiran Kompleks Kotaraya.

KL Monorail
Jika anda memilih KL Monorail, stesen terdekat adalah di Hotel Concorde di Jalan Sultan Ismail (kira-kira 10 minit berjalan kaki dari Menara Berkembar Petronas). Pada hari yang panas, ia adalah idea yang baik untuk menaiki teksi dari stesen monorel ini.


Beri Ulasan Anda


Ulasan ditutup untuk sementara waktu

© 2014 Hubungi Kami | Dasar Privasi | Terma Penggunaan | Google+ | Facebook