Cari Pakej, Tempat Menarik di Malaysia & Dunia | JomJalan

1 review

Petrosains

  • Persiaran Petronas, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur, Malaysia
  • www.petrosains.com.my/

Waktu: 9:30 pg - 4 ptg

Masuk: dari RM 5


Dibina di aras 4 dan 5 KLCC, Petrosains adalah pusat sains berkonsepkan industri minyak dan gas yang dibina oleh syarikat petroleum negara, Petronas Berhad.

Dengan kawasan pameran lebih daripada 70,000 kaki persegi, Petrosains juga dianggap sebagai sebuah muzium interaktif kanak-kanak yang terbesar dan terulung di negara ini.

Anda dan anak anda boleh bermain dengan pelbagai butang dan tuil — dari tempat kendalian pelantar minyak, simulator helikopter hinggalah duduk di dalam kokpit kereta perlumbaan Formula 1 — semuanya di bawah satu bumbung.

Patung dinasor T-Rex yang menyanyi di Petrosains ini juga bakal mencuit hati si kecil anda.

Tips :

  • Pintu masuk Petrosains ialah di Aras 4, Pusat Beli Belah Suria KLCC.
  • Anda boleh menempah tiket anda terlebih dahulu.
  • Elakkan lawatan pada musim cuti sekolah. Menunggu dalam barisan untuk ke dalam dan keluar dari Petrosains pada waktu puncak boleh mengambil lebih daripada setengah jam.
  • Walaupun pintu masuknya kelihatan kecil, ruangan dalam Petrosains luas dan terdapat banyak model interaktif untuk si kecil anda terokai. Jangan masuk dengan perut kosong, dan hanya lawati jika anda dan anak-anak anda mempunyai lebih dari 2 jam untuk diluangkan.

Waktu Operasi:

Isnin: Tutup
Selasa-Khamis: 9.30 pg – 5.30 ptg (kemasukan terakhir pada jam 4.00 petang)
Jumaat: 1:30 ptg – 5:30ptg (kemasukan terakhir adalah pada jam 4.00 petang)
Hujung Minggu dan Cuti Umum: 9:30 pg – 06:30 ptg (kemasukan terakhir pada jam 5.00 petang)

Harga Tiket Petrosains:

Warganegara Malaysia dengan MyKad
Kanak-kanak 2 tahun dan ke bawah: Percuma
Kanak-kanak 3 hingga 12 tahun: RM 5 (~$1.53)
Remaja 13 hingga 17 tahun: RM 10 (~$3.05)
Dewasa 18 hingga 55 tahun: RM 15 (~$4.58)
Warganegara 56 tahun dan ke atas: RM 8 (~$2.44)
Pakej 2 dewasa & 2 kanak-kanak: RM 30 (~$9.16)

Pelancong Asing
Kanak-kanak 2 tahun dan ke bawah: Percuma
Kanak-kanak 3 hingga 12 tahun: RM 15 (~$4.58)
Remaja 13 hingga 17 tahun: RM 20 (~$6.11)
Dewasa 18 hingga 55 tahun: RM 25 (~$7.64)
Warganegara 56 tahun dan ke atas: RM 18 (~$5.5)
Keluarga pakej 2 dewasa & 2 kanak-kanak: RM 50 (~$15.27)

Penginapan Berhampiran

Pengunjung dari luar tidak perlu gusar kerana terdapat banyak hotel di sini yang boleh anda tempah sewaktu ke sini.

February 20, 2014

GOOD


Beri Ulasan Anda


Ulasan ditutup untuk sementara waktu

© 2014 Hubungi Kami | Dasar Privasi | Terma Penggunaan | Google+ | Facebook