Cari Pakej, Tempat Menarik di Malaysia & Dunia | JomJalan

0 reviews

Restoran Menara KL

Waktu: 11:30 pg - 2 pg

Menu: Malaysiana


Restoran di Menara KL yang dinamakan Atmosphere 360 ini dihias secara futuristik dan merupakan restoran tertinggi di Asia Tenggara.

Terletak 282 meter di atas paras laut, restoran moden ini menyajikan pelbagai jenis makanan yang sesuai dengan selera tempatan dan juga warga asing.

Dahulunya dikenali sebagai Restoran Berputar Seri Angkasa, tempat ini telah dijenamakan semula dan diberi nafas baru dengan 6 chef yang berkepakaran memasak masakan berbeza dan mempunyai dapur masing-masing — dari masakan Melayu tradisional hinggalah ke Asia Barat dan Jepun.

Selain hidangan Melayu seperti Ikan Asam Pedas dan Rendang Tok, anda juga boleh merasai pelbagai pilihan pencuci mulut seperti serawa durian, penkek durian dan puding mangga.

Oleh kerana tempat duduk di restoran menara Kuala Lumpur ini terhad kepada 250 tetamu, anda dinasihatkan agar membuat tempahan terlebih dahulu untuk memastikan tempat.

Senarai Harga

Bufet Tengah Hari
Dewasa — RM88 (~$26.88)
Kanak – Kanak — RM68 (~$20.77)

Minum Petang
Dewasa — RM68 (~$20.77)
Kanak – Kanak — RM48 (~$14.66)

Makan Malam
Dewasa — RM198 (~$60.47)
Kanak – Kanak — RM138 (~$42.15)

* Kanak-kanak adalah mereka yg berumur di bawah 12 tahun

Penginapan

Jika anda dan orang tersayang datang dari luar Kuala Lumpur, terdapat beberapa hotel berhampiran Menara Kuala Lumpur yang boleh anda tempah untuk memudahkan lawatan ke sini.


Beri Ulasan Anda


Ulasan ditutup untuk sementara waktu

© 2014 Hubungi Kami | Dasar Privasi | Terma Penggunaan | Google+ | Facebook