Cari Hotel dan Tempat Menarik di Kuala Lumpur – JomJalan.com.my

0 reviews | Oleh admin

Kredit: Eustaquio Santimano,Qassaa, benghan, Zul Rosle,Fahad Alsharhan

Sunway Lagoon

Waktu: 10 pg - 6 ptg

Masuk: dari RM 48


Sunway Lagoon adalah sebuah taman tema yang telah memenangi pelbagai anugerah antarabangsa dan diiktiraf oleh Persatuan Taman Hiburan dan Tarikan Antarabangsa (IAAPA) sebagai Tarikan Terbaik Asia selama empat tahun berturut-turut (2007 hingga 2010).

Taman tema ini memuatkan pelbagai tarikan untuk anda sekeluarga — anda boleh mandi-manda di bawah matahari tropika di Taman Air, menjerit sekuat-kuat hati di Scream Park, menikmati tunggangan mendebarkan di Amusement Park atau bermain perang olok-olok dengan paintball di Extreme Park.

Kanak-kanak juga boleh mendekati dan memegang haiwan yang dipelihara di Wildlife Park.

Waktu Operasi Sunway Lagoon

Setiap hari: 10:00 pg – 6:00 ptg

Harga Tiket Sunway Lagoon

Kanak-kanak di bawah 90cm tinggi masuk PERCUMA.

1. Untuk Semua Taman (Water Park, Amusement Park, Wildlife Park Extreme Park dan Scream Park)

Pelancong Asing

  • Dewasa: RM 120 (~$37.01)
  • Kanak-kanak / Warga Emas: RM 90 (~$27.76)

Warganegara Malaysia

  • Dewasa dengan MyKad: RM 90 (~$27.76)
  • Kanak-kanak / Warga Emas dengan MyKad: RM 65 (~$20.05)

Nota:

  • Tambahan RM 510 (~$157.28) deposit dikenakan untuk setiap gelang tiket.
  • Akan dipulangkan apabila gelang tag dipulangkan pada hari yang sama sebelum pukul 7 malam.
  • Harga tiket kanak-kanak adalah dikira dari 3 tahun ke 11 tahun.

Cara untuk ke Sunway Lagoon, PJ

Bas dari Kuala Lumpur ke Sunway Pyramid
Bas Metro 10, 11 & 13
Bas Park May No. 51

Tren Putra LRT
Turun di Stesen LRT Putra Kelana Jaya. Ambil Feeder Bus No 2-900 ke Sunway Pyramid.

Melalui KTM Komuter
Turun di Stesen KTM Komuter Subang. Ambil Bas Feeder Intrakota ke Sunway Pyramid.

Monorel SunTrek 2000 sekitar Bandar Sunway
Hari-hari biasa (kecuali Selasa): 12:00 tengahari hingga 7:30 mlm.
Hujung minggu, Cuti Sekolah & Cuti Umum: 10:00 pg – 5:30 ptg

Pernah ke Sini? Beri Ulasan Anda

Untuk beri ulasan, sila login

OR
© 2014 Hubungi Kami | Dasar Privasi | Terma Penggunaan | Google+