Sebar bahagia, beri inspirasi

Misi JomJalan

Sebarkan “happiness” dengan berkongsi tempat menarik — tempat rakyat kelas pertengahan Malaysia boleh lihat di dalam hidup mereka.

Kami percaya yang travel itu sebenarnya lebih dari melihat tempat baru. Ia inspirasi untuk membuat kita bekerja lebih gigih, ubat mencari tenang, dan jalan lari dari rutin hidup.

Bantu Saya Dalam Misi Ini

Saya perlukan bantuan anda. Kalau anda juga mahu sebarkan happiness, anda boleh bantu dengan banyak cara.

Kalau anda pandai menulis, hantar tulisan anda ke sini, dan saya siarkan. Kalau anda punya wang, ia boleh kita gunakan untuk membayar kos laman yang memakan biaya bulanan. Dan kalau anda traveller yang bijak dengan lensa, kongsikan apa yang anda rakam untuk dilihat semua.

Mahu Bantu Bahagiakan Orang Lain?

Kalau anda suka kongsi bahagia, dan buat orang lain senyum dan terinspirasi, hantarkan message kepada saya di FB JomJalan.