🎈Tempat Sambut Birthday Romantik – Orchid Room, KL 🌼

Hadiah harijadi tak semestinya barang. Memory itu jauh lagi baik. Dan ini antara tempat sambut harijadi yang best kat Kuala Lumpur.

Bilik Orkid (Orchid Room) ini memang best kalau hangpa nak sambut birthday romantik berdua.

Tempat ini dalam Hotel Majestic, KL. Dan memang tempat eksklusif. Sebabnya, tempat ini dihadkan pada 15 orang sahaja setiap petang.

Nak booking? Kena cepat. Sebab dengar cerita, hangpa perlukan 2 bulan booking sebelum boleh minum petang di sini.

Majestic kl orchid room

Duduk minum petang dalam bilik Orkid ini memang rasa kaya sekejap. Bukan apa, tetamu lain dalam hotel pun tak boleh masuk — melainkan tetamu khas ke sini sahaja.

Apa Makanan Ada Dalam Set Minum Petang Di Sini?

makannan dan teh bilik orkid majestic hotel

Picture credit : : www.smallnhot.com

Hangpa dapat minum teh dan kopi. Makan scones, sandwich dan mungkin karipap.

Saiznya mungkin tak dapat tahan lapar hangpa sampai malam. Dan kalau mengikut review blogger lain, rasanya pun biasa saja. Tapi suasananya — aduhai, cukup memorable. Romantis bangat, kata orang Belanda.

Harga Bro, Harga Berapa?

orkid garden majestic

Picture credit : zoezcool.blogspot.my

Semasa artikel ini kami tulis, harga seorang – RM 88++.

Tak murah, tapi kalau sekali seumur hidup, mungkin berbaloi. Sebab nak dapat table pun susah.

Cara Nak Book?

blogger zoezcool di sini

Picture credit : zoezcool.blogspot.my

Oh! Nak tempah minum petang sini senang saja. Call +603 2785 8000.

Waktu minum petang dari 3 sampai 6:30 ptg. Jadi datang awal dan sambut birthday/ anniversary dengan yang tersayang dalam tempat yang adoyaii magical ini.

suasana bilik orkid majestic hotel

Picture via : thesmartlocal.com

Rasa-rasa cukup romantik tak?

ALAMAT : The Majestic Hotel,
5, Jalan Sultan Hishamuddin,
50000 Kuala Lumpur, Malaysia

Apa Lagi Yg Best Kat KL?

Tempat menarik lain kat KL

Hotel terbaik pilihan kami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes:

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>