Staff kami sangat kecil. Selain saya (Iskandar) dan pengkritik laman (Kris Putra, 10 tahun) kami dibantu oleh Hazrina (katalis, grafik) dan beberapa penulis sambilan.

Akan tetapi secara amnya, anda akan berhubung terus dengan saya untuk sebarang urusan di JomJalan.

Apa Yang Sedang Kami Rancang Untuk Anda?

Kami sedang mengumpulkan tempat-tempat makan sedap di setiap lokasi, hotel pilihan dan juga homestay yang ada.

Kami juga sedang merancang mengadakan bahagian khas untuk diskaun/tawaran hebat yang ada di setiap lokasi. Semuanya untuk memastikan cuti anda lebih menjimatkan.

Akan tetapi dengan jumlah staff dan dana yang terhad, perancangan ini mungkin mengambil masa. Jika anda mahu menaja atau berminat untuk menawarkan perkhidmatan (homestay, sewa kenderaan dan lain-lain) untuk pengunjung kami di JomJalan, kami bersedia menimbangkan kerjasama dengan anda.

Hubungi Kami

Kami mahu JomJalan menjadi laman yang membantu. Jadi kami alu-alukan sebarang cadangan dan kritikan dari anda.

Semoga JomJalan lebih berinformasi dan berguna untuk kita semua!

Hubungi Kami Hari Ini