Nak datang bercuti kat Melaka dengan family?
Tak mengapa. Biar kami bantu anda.
Ini senarai 12 hotel best kat Melaka untuk family. Semua ada pool untuk layan cuti nanti.
Hotel Keluarga Yg Best di Melaka
Amverton Heritage Resort
Harga Biasa | RM 180 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Ini antara hotel terbaik di Melaka untuk kanak-kanak.
Amverton Heritage Resort ini di area Ayer Keroh.
Jadi mudah nak ke Zoo Melaka, Taman Buaya, Botanikal Garden atau Tasik Ayer Keroh.
Dalam kawasan resort, ada swimming pool bukan sahaja untuk dewasa, tapi juga pool untuk anak-anak.
Siap ada water slide. Jadi kalau satu hari nak main air pun tak ada masalah.
Bilik di Amverton biasa-biasa saja.
Tapi ia luas untuk keluarga.
Alamat : Puteri Resort Ayer Keroh, Jalan Puteri Resort 1, 75450, 75450 Ayer Keroh, Malacca / 06-232 3333
Bayou Lagoon Park Resort
Harga Biasa | RM 260 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Ini pula antara hotel paling menarik di Melaka untuk kanak-kanak.
Ia popular disebabkan ia ada taman tema air dan penginapan apartmentnya yang sesuai untuk family.
Apartment anda ada dapur kecil dengan sink, peti sejuk dan cerek.
Jadi kalau nak beli makanan luar dan makan bersama dalam bilik memang boleh.
Kebanyakan apartmen juga ada 2 bilik tidur.
Jadi lebih privacy untuk anda dan pasangan kerana anak boleh tidur di bilik sendiri.
Alamat : M24, Bukit Katil, 75450 Malacca / 06-233 0888
Tips : Ia di Bukit Katil. Tarikan bandar Melaka dalam 30 minit dari sini.
The Pines Melaka
Harga Biasa | RM 260 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
The Pines Melaka ini sesuai untuk keluarga muda.
Ia terletak dalam kawasan bandar Melaka, dan dekat dengan kawasan mall The Shore yang ada Sky Tower, Oceanarium, Toy Museum dan 3d Park.
Ia ada gym dan kolam renang air masin dengan pemandangan sungai Melaka.
Dan untuk anak-anak ia ada kolam renang simple untuk mereka.
Bilik anda moden.
Dan cukup luas untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak menginap bersama.
Alamat : 33, Jalan Tun Sri Lanang, 75100 Melaka / 06-240 2323
Tips : Poolside Suite ada pool private untuk keluarga.
Noble Resort Melaka
Harga Biasa | RM 260 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Ini satu lagi hotel yang sesuai untuk keluarga muda.
Sebab swimming pool khas untuk kanak-kanaknya kecil sahaja.
Tapi hotel ini ada Kids Room untuk anak anda datang bermain.
Bilik kat Noble Resort Melaka moden, tapi tak besar.
Hotel anda juga ada gym yang menghadap pool dewasa.
Kalau anda mahu hotel moden bertaraf antarabangsa dengan jarak jalan kaki ke kebanyakan tarikan bandar Melaka, ini antara pilihannya.
Alamat : 1-A, Jalan Melaka Raya 2, Taman Melaka Raya, 75000 Melaka / 06-289 8222
Tips : Hotel ini dulunya dikenali sebagai Novotel Melaka.
Ibis Melaka
Harga Biasa | RM 170 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Ibis Melaka bukan sahaja selesa untuk anak, tapi juga untuk mak dan ayah.
Biliknya moden dan besar. Tempat letak keretanya luas, dan gym tersedia.
Ia pun cuma 700 meter dari kota A Famosa dan 10 minit jalan kaki dari Jonker Walk kalau anda rajin nak meronda.
Untuk anak kecil, ia ada kolam khas untuk mereka yang bersambung dengan taman permainan ringkas.
Kolam dewasa yang luas pula berada di sebelah kolam anak ini saja.
Pada kami, untuk keluarga muda dengan anak kecil umur tadika, ini antara hotel yang cukup selesa dan aman untuk cuti di Melaka.
Alamat : 249, Jalan Bendahara, Kampung Bukit China, 75100 Melaka / 06-222 8888
The Shore Hotel and Residence
Harga Biasa | RM 185 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
The Shore Hotel and Residence ini hotel 4 bintang. Ia ada di pusat beli belah The Shore.
Jadi anda bukan sahaja boleh shopping tapi ke tarikan di The Shore seperti Sky Tower, Oceanarium, Toy Museum dan 3d Park.
Ada 2 kolam renang dewasa di sini — satu tertutup dalam bangunan dan satu lagi di luar.
Untuk kanak-kanak pula ada pool khas untuk mereka.
Selain itu ia lengkap dengan jakuzzi, gym serta gelanggang tennis untuk anda yang mahu bercuti dan menjaga badan.
Bilik di sini luas, dan ada balkoni.
Anda akan mendapat pemandangan samada sungai Melaka ataupun kawasan bandarnya malam nanti.
Alamat : Level GF, 193, Pinggiran @Sungai Melaka, Jalan Persisiran Bunga Raya, 75100, Melaka / 06-282 8200
A Famosa Resort
Harga Biasa | RM 350 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Penginapan di A Famosa Resort ini sesuai untuk keluarga besar yang datang untuk family day.
Ia dalam kawasan Taman Tema A Famosa Resort — jadi anda boleh layan taman tema air dan safari masa menginap kat sini.
Ia juga dekat dengan factory outlet Freeport A Famosa.
Senang untuk isteri dan anak-anak anda shopping masa cuti nanti.
Bilik ada banyak jenis. Ada yang muat 4, anda hingga 12 orang.
Nak yang lebih grand, boleh pilih villa yang siap ada kolam renang.
Alamat : Jalan Kemus, Simpang Ampat, 78000 Alor Gajah, Melaka / 06-552 0888
Tips : A Famosa Resort jaraknya 45 minit dari bandar Melaka. Anda perlu memandu untuk ke tarikan utama di sana.
Parkland Residence
Harga Biasa | RM 380 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Apartmen Parkland Residence Melaka ini kondominium persendirian yang disewakan kepada pelancong.
Jadi anda mungkin akan lihat beberapa tawaran di Booking untuk Parkland Residence.
Kebanyakan homestay apartmen di sini ada 3 bilik, ia sesuai untuk keluarga besar yang mahu tinggal dalam satu bumbung.
Apartment anda selalunya datang dengan 2 bilik air, balkoni, ruang makan dan dapur yang ada peti ais.
Untuk yang dewasa ada gym dan kolam renang.
Untuk anak, ada kolam air anak yang dilengkapi slide.
Alamat : No.112, Jalan Tun Perak, 75300 Melaka
Tips : Untuk ke tarikan, anda perlu memandu. Stadthuys dan Melaka Megamall contohnya adalah dalam 3 km dari sini.
Atlantis Residence
Harga Biasa | RM 99 ++ |
---|---|
Tempah |
Atlantis Residence pun sebenarnya adalah homestay persendirian yang disewakan.
Boleh memuatkan sehingga 5 orang, apartmen 1 bilik ini siap datang dengan meja makan, dapur dan peti sejuk.
Dengan balkoni, anda boleh berehat dengan panorama bandar Melaka.
Untuk anak, ada kolam renang khas yang cukup luas buat mereka.
Nak ke tarikan macam Jonker Walk, Stadthuys dan Melaka Parade cuma 15 minit saja berkereta.
Dengan harga di bawah RM 100, ini antara pilihan penginapan bajet dengan kelengkapan terbaik untuk cuti keluarga anda di Melaka.
Kalau nasib anda baik, ada waktunya harga semalam untuk apartment ini hanya RM 80 saja.
Alamat : Jalan KSB 11A, Pangsapuri Atlantis Kota Syah, Taman Kota Laksamana, 75200, Melaka
NOTA : Versi bahasa Inggeris artikel ini : Making Memories: 10 Amazing Melaka Hotels with Pools for an Unforgettable Family Getaway!
Holiday Inn Melaka
Harga Biasa | RM 250 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Hotel Holiday Inn Melaka ini hotel keluarga dengan lokasi yang power.
Ia dekat dengan Mahkota Parade dan juga tarikan Melaka lain seperti Menara Taming Sari, Stadthuys dan kota A Famosa.
Jadi nak ke kawasan tarikan utama Melaka tak pening kepala.
Hotel ini ada kolam renang kecil untuk anak, dan kolam untuk dewasa.
Cuma disebabkan ini rangkaian hotel antarabangsa, siapkan swimming suit sama.
Kalau ada duit lebih, ambil Family suite.
Ia ada katil bertingkat khas untuk anak dengan kawasan ia sendiri — sesuai untuk keluarga yang cuti dengan anak kecil kat sini.
Alamat : Jalan Syed Abdul Aziz, 75000 Melaka / 06-285 9000.
Kaizen Hotels and Suites
Harga Biasa | RM 85 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Datang ke Melaka dengan bajet kecil? Jangan risau.
Anda masih boleh bercuti dalam hotel mesra anak kecil anda dengan harga bawah RM 100.
Untuk dewasa, ada pool dalam bangunan.
Untuk anak, pool kecil mereka ada kat bumbung hotel.
Ia dekat dengan Masjid Selat. Kalau nak ke tarikan macam Kota A Famosa dan Melaka Parade, cuma 10 minit berkereta.
Dengan harga bilik yang murah, dan pool khas untuk kanak-kanak, kami rasa ia antara hotel terbaik untuk family yang nak cuti bajet di negeri ini.
Alamat : Jln Baiduri 1, Taman Pulau Melaka, 75000 Melaka, Malacca / +6016-610 7179
Casa Del Rio
Harga Biasa | RM 590 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Kami tutup hotel best untuk family di Melaka dengan hotel ala Spanish ini.
Ia hotel 5 bintang yang sesuai untuk keluarga dengan anak yang meningkat remaja.
Sebab biliknya selesa, lokasinya dekat nak ke mana-mana dan pemandangan malamnya pun power.
Ia ada pool kalau nak berendam. Dan basikal yang boleh disewa kalau nak ronda bandar Melaka.
Cuma harganya tinggi, setanding dengan reputasi.
Alamat : 88, Jalan Laksamana, Taman Kota Laksamana, 75200 Melaka / 06-289 6888
Okay guys, itu senarai hotel-hotel family yang best kat sini.
Ada apartmen, ada hotel butik dan ada yang di resort luar bandaraya ini.
So, yang mana pilihan hati?