hotel murah penang dekat komtar - summertree

10 Hotel Murah & Selesa Dekat Komtar, Penang — Bawah RM 100 Saja

Nak hotel murah yang dekat dengan bangunan Komtar?

Senarai ini untuk anda.

Ini dia 13 hotel yang murah dan selesa dekat Komtar Penang yang anda wajib cuba.

Summer Tree Hotel

Harga BiasaRM 79 ++
Tempah
Tempah

Ini hotel berdekatan Komtar, Georgetown yang kami suka.

Biliknya moden, simple dan kemas untuk harga bawah RM 100.

Dan ia juga ada parking kereta.

Saiz biliknya sederhana, tapi cukup untuk anda kalau cuma berdua.

Untuk ke Komtar Penang, dalam 5 minit berkereta.

Le Embassy Hotel

hotel le embassy penang yang lokasinya dekat komtar
Harga BiasaRM 79 ++
Tempah
Tempah

Hotel murah ini letaknya di sebelah Muzium Kaca Penang.

Dan ia ada bilik-bilik yang moden dan cantik.

Komtar tak jauh mana, cuma 500 meter dari sini.

Dan kalau anda ke sana dengan jalan kaki, ada kedai-kedai makan yang anda lalui.

Cuma satu yang kami tak suka.

Kalau bilik anda menghadap jalanraya, bunyi bising jalan mungkin masuk ke bilik anda. 

Hotel Chennai by Wink

rooftop di chennai by wink pulau pinang
Harga BiasaRM 77 ++
Tempah
Tempah

Hotel kecil ini kecil, tapi kemas dan bersih.

Bila malam, anda boleh pergi ke kawasan rooftop untuk santai ambil angin.

Kalau nak ke tarikan kat Georgetown, Penang macam Penang 3D Museum, Fort Cornwallis dan Padang Kota memang senang.

Semuanya dalam jarak jalan kaki sahaja.

Untuk ke Komtar, 5 minit dengan Grab sudah sampai ke sana.

Old Penang Hotel

suasana simple dalam bilik old hotel penang yang tak  jauh dari bangunan komtar
Harga BiasaRM 68 ++
Tempah
Tempah

Dikelilingi kedai, Old Penang Hotel ini cukup strategik untuk anda ronda jalan kaki atau ke Komtar.

Biliknya biasa sahaja.

Tapi luas dan selesa untuk bajet bawah RM 100.

Selain Komtar, anda boleh jalan kaki sahaja ke Times Square.

Untuk makan, McDonalds tak jauh mana.

Super 8 Hotel

bilik di super 8 penang
Harga BiasaRM 89 ++
Tempah
Tempah

Untuk anda yang nak bilik bajet bawah RM 100 yang dekat Komtar dan luas, ini antara hotel terbaik yang ada.

Ia ada parking, walaupun terhad. 

Kalau nak makan nasi kandar, tak jauh dari sini ada Deen’s Maju.

Komtar? 5 minit berkereta sudah sampai ke situ.

[static_content id=”33168″]

Red Rock Hotel

reception di hotel red rock pulau pinang
Harga BiasaRM 98 ++
Tempah
Tempah

Hotel Red Rock Penang ini sudah berusia dan bilik anda biasa sahaja.

Tapi untuk harga bawah RM 100, ini antara hotel murah dekat Komtar yang ada swimming pool.

Bilik anda besar, dan parking pun ada, walaupun terhad saiznya.

Untuk ke Komtar cuma 1.5 km.

Jadi anda boleh ambil Grab untuk trip pendek ke sana.

Heliconia

bilik di hotel heliconia yang hampir dengan komtar penang
Harga BiasaRM 69 ++
Tempah
Tempah

Hotel bajet Heliconia Penang ini kecil dan datang dengan bilik yang sederhana sahaja.

Ia ada parking, walaupun kecil dan terhad.

Untuk ke Komtar, ambil grab untuk perjalanan 10 minit sahaja.

Tune Hotel

bangunan tune hotel penang - hotel bajet murah yang dekat komtar
Harga BiasaRM 78 ++
Tempah
Tempah

Untuk hotel murah yang ringkas, tapi selalunya kemas, Tune Hotel selalunya pilihan yang selamat.

Bilik anda kecil tapi moden dan selesa, sesuai untuk yang mahu ronda puas-puas dan balik tidur sahaja.

Bila lapar tengah malam, 7 Eleven ada kat bawah hotel anda.

Dan bangunan Komtar Penang hanya 10 minit jalan kaki dari sini.

Cuma ingat ini.

Bilik termurah di Tune tiada TV.

Kimberly Hotel

kawasan rooftop hotel murah kimberly hotel pulau pinang
Harga BiasaRM 86 ++
Tempah
Tempah

Kalau anda tak berkereta, dan mahu hotel yang dekat Komtar, Kimberly Hotel ini antara hotel murah yang terdekat dengannya.

Saiz bilik anda sederhana, tapi berbaloi dengan bajet harga bawah RM 100 nya.

Hotel ini dalam jarak jalan kaki ke Perangin Mall dan Dark Mansion – Glow in The Dark Museum.

Dan kalau anda nak teruskan berjalan ke Komtar pun boleh, kalau anda muda belia.

Grand Swiss Hotel

bangunan hotel grand swiss pulau pinang yang hampir dengan komtar
Harga BiasaRM 69 ++
Tempah
Tempah

Hotel di belakang lorong ini ada bilik yang luas untuk harganya. 

Dan dari sini ke tarikan macam Masjid Kapitan Keling dan Rumah Sun Yat Seng tak jauh mana.

Nak bergambar dengan mural? Kat lorong masuk hotel pun ada.

Untuk makan kat kedai mamak, ada Hameediyah dan Nasi Kandar Line Clear dalam jarak 500 meter.

Untuk ke Komtar, naik Grab dalam 8 minit sahaja.

Okay, kami dah senarai 10 hotel murah dan selesa yang dekat dengan Komtar untuk anda.

Semuanya harga murah, mampu untuk kebanyakan kita.

So, anda nak book yang mana?