Bila bercuti kat KL dengan keluarga, kemungkinan besar anda habis beratus ringgit hanya untuk tiket masuk. Belum makan lagi kan?
Jangan risau.
Ada aktiviti dan tarikan percuma di Kuala Lumpur yang boleh anda lawat sebenarnya.
13 Tarikan KL Yg Free
Jom tengok sama-sama.
Mandi FREE di KLCC

Bila anda di KL, singgah KLCC Park.
Ia ada tempat best untuk anak-anak di bawah 10 tahun. Baby anda sah gelisah tengok kolam randuk kat sini (melainkan anda tidur kat hotel yang ada pool budak atau dekat KLCC).

Tak mahu mandi? Tak mengapa. Anak kecil boleh layan swing dan slide. Anda pula boleh bergambar dengan background menara berkembar Petronas itu.

Senang kata, tarikan free di KL yang ini memang wajib pergi kalau anda dalam kawasan KLCC.
Layan KLCC Symphony

Kalau anda shopping kat KLCC waktu malam, jangan lupa pergi keluar dari Suria Mall dan jengah KLCC Lake Symphony.

Kat sini, ada pertunjukan air pancut percuma di kolam KLCC. Dari 7 malam sampai 10 malam.
Bolehlah tengok pertunjukan air. Boleh juga boleh bergambar dekat latarbelakang KLCC.
Pergi KL City Library

Anak anda ulat buku? Cantik sangat tu!
Datanglah ke KL City Library yang dekat dengan Dataran Merdeka.

Ia ada 2 perpustakaan yang best di sini (ya! lagi baik dari Perpustakaan Negara).
Satu agak kecil, dan ia hanya untuk anak-anak yang baru nak belajar membaca.
Naik Bas GoKL

Ramai anak-anak sekarang yang tidak pernah merasa naik bas.
Apa kata anda bawa mereka ronda-ronda keliling Kuala Lumpur dengan bas percuma yang warnanya pink ini? Bas ini berhenti di banyak tempat — dari KLCC sampailah ke Masjid Jamek.
Waktu operasinya pun lama — dari 6 pagi sampailah 11 malam.
Tambang? Percuma saja.
Update 2022: Sekarang laluan bas GoKL semakin banyak. Kami sarankan anda download app GoKL di Playstore atau Apple App Store utk lihat laluannya.
Berbasikal Di Publika

Bila tiba hari Ahad, jalan sekitar Publika ditutup. Jadi anda boleh bawa anak-anak naik basikal di sini dari pukul 7 hingga 10 pagi.
Sesiapa sahaja boleh beriadah di sini. Kalau anda tiada basikal, boleh sewa. Free saja (semasa artikel ini kami tulis lah).
Dan selain basikal, nak ber-rollerblade dan skates pun boleh.
Pergi Taman Botani

Bila hari sudah petang, bawa mereka ke padang di Taman Botani Perdana atau Tasik Titiwangsa.
Kalau anda mahu mereka tidur awal, biarkan mereka berkejar-kejar di taman ini.

Kalau kat Tasik Titiwangsa, selain santai boleh juga berkayak di tasik, boleh juga naik kereta kuda ataupun sewa basikal 3-4 tempat duduk. Boleh kayuh keliling kawasan ini berjemaah bersama.
Naik Jambatan Gantung

RALAT: Mulai tahun 2020, tarikan ini sudah mengenakan tiket masuk.
Kalau anda tak kisah dengan nyamuk, ada hutan bandar dalam KL. Tempatnya dekat dengan KL Tower.

Yang istimewa lagi, hutan ini hutan simpan tertua di Malaysia. Jadi ada pokok-pokoknya yang sudah beratus tahun umurnya. Apa? Tak percaya?
Bila kat di sini, jangan lupa naik jambatan kanopi walk.
Layan Heritage Walk

Nak tahu sejarah Kuala Lumpur?
Join lawatan berpandu DBKL yang percuma ini.
Dengan jurupandu, anda bakal berjalan bersama ke 11 tempat bersejarah di sekitar Dataran Merdeka — dan diterangkan tentang sejarah tempat-tempat ini.
Dari sejarah pada zaman Yap Ah Loy sampailah ke zaman kolonial British, semua anda bakal tahu.
Rehat Di Secret Garden

Di atas bumbung shopping mall 1Utama sebenarnya ada taman rahsia. Tapi sedikit sangat yang tahu.

Sekarang, terima kasih pada bajet anda yang terhad, anda boleh tahu tarikan Kuala Lumpur yang ramai staff di mall ini sendiri pun tidak tahu.

Sila tanya pak guard cara ke sini ya?
Tips : Setahu kami ia buka hujung minggu saja. Dari 10pg – 10 malam.
Masuk Muzium Polis

Muzium polis ini memang istimewa. Pertama, sebab masuk percuma. Dan yang keduanya, walaupun tanpa bayaran, barang-barang pamerannya power.

Nak tengok senjata Portugis semasa menyerang zaman Melaka? Ada di sini.
Nak tahu jenis-jenis senjata yang dirampas dari samseng atau penjenayah? Pun bukan masalah.
Masuk Muzium Matawang

Muzium yang satu ini pula untuk layan duit. Manalah tahu dapat aura sikit.
Kat sini anda boleh tengok sejarah duit — dari zaman kupang sampai zaman sekarang.

Kalau nak bergambar pun ada dua tiga spot bagus untuk itu. Cuma yang muzium ini, nak datang kena book dulu.
Jenguk Selangor Pewter

Nak tengok kraf Malaysia level dunia? Datang masuk ke Selangor Pewter Center. Ini pun tarikan yang percuma.

Anda akan belajar sejarah keluarga ini, dari workshop kecil sampai menempa nama dengan pewter.
Cuma lokasinya keluar sikit dari ibukota.
Jalan ke Jambatan Saloma

Jambatan Saloma ini lawa untuk bergambar malam-malam.

Dan bagus lagi ia menghubungkan area KLCC dengan Kampung Baru.
Senang kalau anda nak explore kawasan Melayu itu dan cari makan malam minggu.
Ada yang kami tertinggal? Jom share dengan kami semua tarikan Kuala Lumpur yang free yang patut orang lain tahu.
p/s Kalau tak kisah berbelanja, ini dia lagi tarikan untuk kanak-kanak di KL.
Tapi bertiket lah ye?
[ Artikel ini ditulis dengan kerjasama syarikat penyedia kereta sewa Wahdah ]
Linda says:
Masih ada..dia ada 2 bas..go kl purple line & blue line..yg penting mmg free.
nobita kl says:
tempat memang best pun tapi jangan salah jalan, salah jalan habis laa korang kena jalan liku2 yang sukar
Iskandar Suhaimi says:
Wslm Ajeep.
Ya masih. Dan dgr cerita tempat nya dah diluaskan lagi. Boleh chk di sini https://www.gokl.com.my/
Ajeep says:
Salam..bas go kl tu masih beroperasi lagi ke??
Sirap says:
Ada
Sirap says:
Ada
Ain says:
mcm best je secret garden tu..betul tu sukiman..saya pon berat hati masa mula2 nk tinggalkan bandar kl..smemangnya sebuah bandar yg xpernah membosankn..i miss u a lot!!!
Iskandar Suhaimi says:
Amboi Amal,
You made our day! Seronok dengar yg ada yg baca byk2 info kami mcm u. Moga you dpt pi semua, dan pi yg kat overseas juga. Thanks a million atas komen & kesetiaan. Kami nak update lagi byk2 cuma masa la pulak yg kena cari.
Tq Amal!
Amal says:
Aisehh..semua best2 pula. Lengkap segala percutian free & berbayar. Semua negeri,saya dah baca. Ada negeri yg takde dalam senarai juga. Info ni sgt lengkap & puas hati. Bukan saja ada alamat tetapi juga ada harga tiket,emel & number telefon. Poingkaaa(👍)
Iskandar Suhaimi says:
Kami bagi sis Noraihan 5 bintang!
Noraihan Ahmad says:
Buleh download disini. merata buleh jalan. xyah pikir parking 🙂
https://www.gokl.com.my/assets/pdf/map.pdf
Ccara says:
Betul la..tk tahu pun ada tempat ni… cuti nnti leh gi bwk anak-anak
Lis says:
Ada lagi. Besar tempat ni. Tanya kaunter pertanyaan kt mana exit nk tgk air pancut. Dari situ boleh nmpk taman KLCC
Digital Marketing Strategist says:
wow bestnya.. xtahu plak kewujudan KL Forest Eco Park..weekend ni g usha ngan anak2 la.
KHAIRUNISA BINTI ZAKARIA says:
Banyak jugak tempat menarik kat kl rupa nya, boleh bawak anak2 nanti.. thanks
Lopa says:
Hai..masih ada..stesen tertentu shj
Ksjb says:
Nal tahu jugak ni kalau bas kl go tu memang free
Yushi says:
Nk tnya klcc park ni ad lgi ke skrg dn diseblah mna ye ??
Saharadyan says:
Betulkah naik bas Go KL tu free? Masih ada ka lg perkhidmtn ni?
Pierz says:
Klcc park masih ada lagi… x pernah pun tutup.
PrincessSong says:
Lagi tertinggal… Muzium Tekstil
raihanah says:
rasanya klcc park tu takde dah kan
yazidane says:
Tak tahu pun kebanyakan tempat ni…rasa macam nak pergi je KL Eco Park tu..macam best…
Sukiman says:
Kuala lumpur percutian yg amat best bgi sya , walaupon bandar ini sesak dengan perbagai jentera yg keluar masuk namun berat hati sya utk meninggal kan bandar ini
IntimateAsia says:
Wow. Sekiranya berada di sana suatu hari nanti