Jimat ! Ini 15 Tempat Menarik Di Kuala Lumpur Yg Percuma

Nak cari tarikan percuma kat KL?

Jangan risau.

Ini kami share aktiviti dan tarikan percuma di Kuala Lumpur yang boleh anda lawat dengan keluarga.

Mandi FREE kat KLCC

taman klcc bergambar
Kredit : steven.davignon

Bila anda kat KL, singgah KLCC Park.

Kat sini ada tempat best untuk anak-anak di bawah 10 tahun.

Baby anda sah gelisah tengok kolam randuk kat sini (melainkan anda tidur kat hotel yang ada pool budak atau dekat KLCC).

pool klcc
Kredit : Kuaby

Tak mahu mandi? Tak mengapa.

Anak kecil boleh layan swing dan slide kat playground KLCC yang besar untuk anda explore sama-sama.

Anda pula boleh bergambar dengan background menara berkembar Petronas itu.

taman klcc
Kredit : _lester.ho_

Senang kata, ini tempat menarik percuma di KL yang wajib pergi kalau anda dalam kawasan KLCC.

Layan KLCC Symphony

lepak tengok air pancut di klcc lake symphony
Kredit : salmaharis

Ini pun kat KLCC.

Tapi bila malam hari.

Lepas maghrib, boleh lah keluar dari Suria Mall dan jengah KLCC Lake Symphony.

Kat sini, ada pertunjukan air pancut percuma di kolam KLCC.

Dari 7 malam sampai 10 malam.

Kalau nak bergambar dekat latarbelakang KLCC pun cun untuk IG.

Masuk KL City Library

perpustakaan kuala lumpur
Kredit : nanakecild

Anak anda ulat buku? Cantik sangat tu!

Anda satu family boleh masuk KL City Library yang dekat dengan Dataran Merdeka.

kl city library
Kredit : muhammad.ibraisam

Ia ada 2 perpustakaan yang best di sini.

Pada kami, jauh lebih baik dari Perpustakaan Negara.

Satu agak kecil, dan ia hanya untuk anak-anak yang baru nak belajar membaca.

Naik Bas GoKL

Kredit

Ramai anak-anak sekarang yang tidak pernah merasa naik bas.

Apa kata anda bawa mereka ronda-ronda keliling Kuala Lumpur dengan bas percuma yang warnanya pink ini?

Bas ini berhenti di banyak tempat — dari KLCC sampailah ke Masjid Jamek.

Waktu operasinya pun lama — dari 6 pagi sampailah 11 malam.

Tambang? Percuma saja.

Update 2022: Sekarang laluan bas GoKL semakin banyak. Kami sarankan anda download app GoKL di Playstore atau Apple App Store utk lihat laluannya.

Berbasikal Di Publika

Bila tiba hari Ahad, jalan sekitar Publika ditutup.

Anda boleh bawa anak-anak naik basikal di sini dari pukul 7 hingga 10 pagi.

Sesiapa sahaja boleh beriadah di sini.

Kalau anda tiada basikal, boleh sewa.

Free saja (semasa artikel ini kami tulis lah).

Dan selain basikal, nak ber-rollerblade dan skates pun boleh.

Pergi Taman Botani

bamboo playground tasik perdana
Kredit : Marc Tey , M Suhaimi

Bila hari sudah petang, bawa mereka ke padang di Taman Botani Perdana atau Tasik Titiwangsa.

Kalau anda mahu mereka tidur awal, biarkan mereka berkejar-kejar di taman ini.

kanopi besar di tengah taman botani perdana
Kredit : heartpatrick

Kalau kat Tasik Titiwangsa, selain santai boleh juga berkayak di tasik, boleh juga naik kereta kuda ataupun sewa basikal 3-4 tempat duduk.

Boleh kayuh keliling kawasan ini berjemaah bersama.

Naik Jambatan Gantung

kl eco park
Kredit @anissarahh_

RALAT: Sayangnya, sejak tahun 2020, tarikan ini sudah mengenakan tiket masuk.

Kalau anda tak kisah dengan nyamuk, ada hutan bandar dalam KL.

Tempatnya dekat dengan KL Tower.

eco forest kl
Kredit : thewallacereboot

Yang istimewa lagi, hutan ini hutan simpan tertua di Malaysia.

Jadi ada pokok-pokoknya yang sudah beratus tahun umurnya.

Apa? Tak percaya?

Bila kat di sini, jangan lupa naik jambatan kanopi walk.

Layan Heritage Walk

kl heritage walk
Kredit : melcdance

Nak tahu sejarah Kuala Lumpur?

Join lawatan berpandu DBKL yang percuma ini.

Dengan jurupandu, anda bakal berjalan bersama ke 11 tempat bersejarah di sekitar Dataran Merdeka — dan diterangkan tentang sejarah tempat-tempat ini.

Dari sejarah pada zaman Yap Ah Loy sampailah ke zaman kolonial British, semua anda bakal tahu.

Rehat kat Secret Garden

taman secret garden 1 utama
Kredit : wongguangchuen

Kat atas bumbung shopping mall 1Utama sebenarnya ada taman rahsia.

Tapi sedikit sangat yang tahu.

Sekarang, terima kasih pada bajet anda yang terhad, anda boleh tahu tarikan Kuala Lumpur yang ramai staff di mall ini sendiri pun tak sedar wujud lama.

Sila tanya pak guard cara ke sini ya.

Tips : Setahu kami ia buka hujung minggu saja. Dari 10pg – 10 malam.

Masuk Muzium Polis

Kredit
Kredit

Muzium polis ini memang istimewa.

Pertama, sebab masuk percuma.

Dan yang keduanya, walaupun tanpa bayaran, barang-barang pamerannya power.

muzium polis kuala lumpur

Nak tengok senjata Portugis semasa menyerang zaman Melaka? Ada di sini.

Nak tahu jenis-jenis senjata yang dirampas dari samseng atau penjenayah?

Pun bukan masalah.

Masuk Muzium Matawang

tunnel duit di muzium matawang
Kredit : haotheboss

Muzium yang satu ini pula untuk layan duit.

Manalah tahu dapat aura sikit.

Kat sini anda boleh tengok sejarah duit — dari zaman kupang sampai zaman sekarang.

tangga viral muzium matawang
Kredit : qusher

Kalau nak bergambar pun ada dua tiga spot bagus untuk itu.

Cuma yang muzium ini, nak datang ramai-ramai, kena book dulu.

Jenguk Selangor Pewter

tarikan kl - kilang selangor pewter
Kredit : YK Tang

Nak tengok kraf Malaysia level dunia?

Datang masuk ke Selangor Pewter Center.

Ini pun tarikan kat KL yang percuma.

royal selangor iron man

Anda akan belajar sejarah keluarga ini, dari workshop kecil sampai menempa nama dengan pewter.

Cuma lokasinya keluar sikit dari ibukota.

Jalan ke Jambatan Saloma

jambatan saloma atau saloma link kuala lumpur
Kredit : sharonyws

Jambatan Saloma ini lawa untuk bergambar malam-malam.

Dan bagus lagi ia menghubungkan area KLCC dengan Kampung Baru.

Senang kalau anda nak explore kawasan Melayu itu dan cari makan malam minggu.

Planetarium Negara

layan replika planet marikh di planetarium
Kredit : shyla_bakar

Untuk anda yang ada anak kecil, Planetarium Negara ini masuknya percuma.

Bolehlah ajar anak tentang planet dan ilmu cakerawala.

Boleh juga tengok apa yang manusia buat untuk faham tentang alam luar dari dunia kita.

Cumanya, kawasan percuma adalah terhad di kawasan galeri dan luar Planetarium saja.

Kawasan lain, dari ruang dinasor sampai ke spacepod dan tempat tayangannya berbayar.

Main Layang-Layang di Tasik Metropolitan

taman layang layang kepong @najmieaziz
Kredit : najmieaziz

Kita tutup senarai tempat menarik percuma di Kuala Lumpur ini dengan padang yang anda boleh bawa anak layan layang-layang macam kat kampung dulu.

Bezanya kat sini memang luas, ada tempat permainan, laluan joging dan tasik juga.

Jadi kalau puas mendongak tengok layang-layang, boleh ambil angin jalan kaki dengan keluarga.

Nak best lagi, hampar tikar, layan piknik sampai senja.

Ada yang kami tertinggal?

Jom share dengan kami semua tarikan Kuala Lumpur yang free yang patut orang lain tahu.

p/s Kalau tak kisah berbelanja, ini dia lagi tarikan untuk kanak-kanak di KL.
Tapi bertiket lah ye?

[ Artikel ini ditulis dengan kerjasama syarikat penyedia kereta sewa Wahdah ]

JomJalan Seluruh KL

Senarai tarikan best di Kuala Lumpur
Hotel terbaik pilihan kami
Promo hotel, tarikan KL
Layan kedai makan sedap kat KL
  1. Masih ada..dia ada 2 bas..go kl purple line & blue line..yg penting mmg free.

  2. nobita kl says:

    tempat memang best pun tapi jangan salah jalan, salah jalan habis laa korang kena jalan liku2 yang sukar

  3. mcm best je secret garden tu..betul tu sukiman..saya pon berat hati masa mula2 nk tinggalkan bandar kl..smemangnya sebuah bandar yg xpernah membosankn..i miss u a lot!!!

  4. Iskandar Suhaimi says:

    Amboi Amal,

    You made our day! Seronok dengar yg ada yg baca byk2 info kami mcm u. Moga you dpt pi semua, dan pi yg kat overseas juga. Thanks a million atas komen & kesetiaan. Kami nak update lagi byk2 cuma masa la pulak yg kena cari.

    Tq Amal!

  5. Amal says:

    Aisehh..semua best2 pula. Lengkap segala percutian free & berbayar. Semua negeri,saya dah baca. Ada negeri yg takde dalam senarai juga. Info ni sgt lengkap & puas hati. Bukan saja ada alamat tetapi juga ada harga tiket,emel & number telefon. Poingkaaa(👍)

  6. Ada lagi. Besar tempat ni. Tanya kaunter pertanyaan kt mana exit nk tgk air pancut. Dari situ boleh nmpk taman KLCC

  7. Nk tnya klcc park ni ad lgi ke skrg dn diseblah mna ye ??

  8. Saharadyan says:

    Betulkah naik bas Go KL tu free? Masih ada ka lg perkhidmtn ni?

  9. Sukiman says:

    Kuala lumpur percutian yg amat best bgi sya , walaupon bandar ini sesak dengan perbagai jentera yg keluar masuk namun berat hati sya utk meninggal kan bandar ini

Comments are closed.

Jomjalan