barang wajib bawa ke langkawi

11 Barang Wajib Bawa ke Langkawi (Checklist Sebelum Pergi)

Ramai yang pergi Langkawi bercuti tapi tak cukup bersedia.

Sebenarnya ada beberapa barang wajib yang ada kalau anda ke sini.

Jom tengok checklist apa dia barang wajib dibawa masa cuti ke Langkawi nanti.

Penimbang Beg

Kalau anda datang naik flight, ini wajib ada.

Bukan apa, Langkawi ini tempat bebas cukai. Jadi sebab sakan shopping, beg balik nanti hampir pasti jauh lebih berat dari waktu datang.

Jadi, kami sarankan anda beli penimbang kecil yang tak sampai RM 20.

Barang ini boleh bantu anda jimat duit supaya kalau luggage sudah terlebih berat, anda boleh tambah kuota luggage awal secara online (sebelum sampai airport).

Sebab kalau terlebih muatan masa nak check-in, harganya mahal. Setahu kami, AirAsia charge dalam RM 40 untuk setiap sekilo excess baggage (rate pada 2022). 

[static_content id=”29546″]

First Aid Kit Kecil

Minima anda kena siapkan plaster luka, minyak cap kapak, ubat allergy/ selesema.

Bila turun naik kawasan, berjalan sini sana, peluang nak luka dan melecet itu ada. Ubat allergy atau selesema untuk anda yang tak tahan cuaca gerimis Langkawi dan minyak cap kapak kalau anda loya naik feri atau bot.

Vaseline aloe vera kena ada untuk kulit bila cuaca panas dan kulit kering.

Vicks vaporub boleh guna untuk gatal-gatal, selain kegunaan biasa.

Beg emergency kit anda tak perlu besar, tapi yang penting ada. supaya tak susah mencari farmasi sana-sini.

Drybag

Ini khas untuk anda yang nak buat aktiviti pulau — macam naik bot island hopping, snorkeling kat Pulau Payar, ataupun layan mangrove tour.

Wajib adakan drybag untuk phone dan powerbank anda.

Boleh juga letak wallet dalam drybag supaya tak hilang atau basah kena air.

Bila anda naik bot, gajet anda pun boleh basah, tak kisah macam mana anda cermat menjaganya.

Anda tak mahu balik cuti dengan phone yang mati tenggelam dek air garam.

Travelling Clothsline

Kalau anda datang dengan anak-anak, hampir pasti banyak kain baju basah sebab mandi pool atau laut.

Penyangkut baju dalam bilik air penuh, dan balkoni yang kemungkinan kotor pun selalunya sesak.

Alternatif yang boleh ialah dengan gunakan tali sangkut baju untuk travel.

Bukan sahaja tambahkan tempat nak menyangkut, tapi tak perlu lagi sangkut baju dan seluar basah kat merata yang belum tentu bersihnya.

Topi

Jangan lupa beli atau bawa topi.

Langkawi ini kalau datang bulan Februari atau Mac, selalunya panas.

Jadi topi boleh lah bagi teduh muka, lagi-lagi kat tepi laut.

Kalau anda datang masa cuti sekolah bulan November, hampir tiap-tiap hari hujan. Dari Disember sampai lah Januari pun sama. 

Sunscreen

Untuk anda yang plan nak ke Pulau Payar, naik bot ke tasik Dayang Bunting, waktu balik selalunya panas.

Jadi siapkan sunscreen.

Kalau anda datang dari bulan September sampai Disember, ada kemungkinan tak perlu bawa sunscreen.

Sebab selalunya ini musim sejuk dan hujan itu biasa.

Kasut Sukan dan Selipar

Sebab anda bakal banyak berjalan, datanglah ke Langkawi pakai kasut sukan.

Tak kisahlah berjalan memborong atau pergi island hopping, anda akan banyak menapak.

Dan kalau dah di tepi pantai, kami sarankan pakai selipar yang mesra pasir pantai.

Spek Hitam

Nak layan pemandangan puas-puas, wajib pakai spek hitam.

Boleh ke sana sini masa panas terik.

Dan nak drive sana sini masa panas atau hujan pun tak ada masalah nak tengok jalan.

Kalau bergambar pun nampak extra ranggi.

Powerbank dan Adapter

Power bank ini memang wajib bawa.

Lebih-lebih lagi sebab anda banyak masa kat luar, pakai data dan banyak bergambar.

Jadi bateri phone bakal habis cepat.

Dan kalau anda bawa bermacam gajet — kamera, laptop, tablet semua, beli power adapter yang universal supaya dengan 1 charger, boleh charge semua.

Antara power adapter untuk traveller yang flexible adalah macam Innergie Adapter.

Selfie Stick

Pertimbangkan beli selfie light, dan selfie stick.

Senang sikit nak bergambar seorang diri atau ramai-ramai nanti. 

Kat Langkawi nanti boleh layan bergambar, dari tempat free macam tepi laut sampailah ke berbayar macam Cable Car, Muzium Selfie dan Muzium 3D.

Baju dan Seluar Mandi Khas

Apa makna pergi pulau Langkawi kalau tak mandi?

Dan apa pasal juga pergi mandi dengan seluar, baju cotton kak?

Kan penat memerah dan lambat nak kering?

Manjakan sikit diri sendiri dan beli seluar dan baju mandi yang sesuai.

Nota: Untuk akak-akak, hotel yang mesra muslimah dan ada kolam renang khas wanita ialah Hotel Adya Langkawi.

Okay, itu 11 senarai keperluan yang wajib ada bila nak ke Langkawi.

Kalau banyak-banyak buat berat beg saja nanti.

Ada barang lain yang kami tertinggal ini?

[static_content id=”17956″]