OMG! Ini Senarai 15 Hotel Malaysia Yang Nampak Macam Oversea

Covid-19 banyak buat orang yang kaki pusing dunia kecewa. Flight sangkut, plan pun cancel semua.

Relax. Kat setakat nak ambil feel, kat Malaysia bukan saja ada pemandangan macam oversea, tapi ada hotel-hotel yang terasa macam kat luar sana.

Ini 15 hotel dan resort dalam Malaysia yang nampak macam duduk oversea — buat penghibur hati abang dan isteri.

Amanjena Resort, Melaka

isteri yang seronok di pengkalan balak yang macam di greece
Kredit : syurga.andika

Sekali tengok memang ingat kat Santorini, Greece.

Tapi ini kat Pengkalan Balak, Melaka sahaja.

Jimat tiket flight.

Tak pening excess baggage semua.

Dan kalau duduk KL, lagi senang.

Pergi hari ini, esok balik lepas makan asam pedas masa tengahari.

Layan laut pun boleh, tapi takde lah tebing tinggi.

Agoda.comTempah    

Humble Hobbit Home, Sabah

Tempat yang satu ini memang seakan Hobbiton kat New Zealand.

Sekali tengok memang macam set Lord of The Rings — tambah pula dengan view gunung dan sejuk yang mencucuk.

Bangun pagi dengan view macam ini, memang terlupa kejap yang anda sebenarnya sedang cuti kat Sabah.

Airbnb.comTempah

The Chow Kit, KL

bergambar di the chow kit
Kredit : lifebyie

Nak rasa suasana New York pun tak ada masalah. Ini hotel yang bakal bawa anda balik ke sana.

Siap putar balik zaman. Boleh hisap cerut, berangan jadi ketua mafia yang kaya raya.

Cuma kalau zaman itu orang layan pizza, kat sini keluar bilik boleh cari roti cheese kat RSMY sama-sama.

Harga BiasaRM 260 ++
Tempah
Tempah

Momo, KL

tetamu di hotel minimalis the momo kl
Kredit : jjj_sso

Suka gaya minimalistik Jepun? Mulut asyik memuji Muji dan Marie Kondo? Meh, datang tidur kat Momo.

Kat sini, serba serbi minimalis sekali.

Terasa lapang, ringan kepala bila hidup begini.

Seumur hidup kena cuba walaupun sekali.

Sebabnya bila waktu sale, harga biliknya memang kat celah gigi.

Harga BiasaRM 130 ++
Tempah
Tempah

Ipoh Bali Hotel, Ipoh

ipoh bali hotel pada waktu petang
Kredit : aishazailani

Banglo yang satu ini pula bawa anda pi ke pulau Indonesia sekejap.

Dan dah nama gaya Bali, tempat ini juga ada tempat untuk anda belanja isteri manjakan diri. 

Harga BiasaRM 290 ++
Tempah
Tempah  

The Lakehouse, Cameron Highlands

Kalau nak rasa duduk UK, dan gigih tempuh jem berjemaah, boleh tidur kat Lakehouse, Cameron Highlands.

Kat sini, layan teh dengan scones masa sejuk.

Boleh terasa rambut bertukar keperang-perangan, mata jadi biru, bila cakap orang putih pun slang British melentik-lentik, walaupun bunyi yang keluar buat orang getik.

Nak power lagi, datang masa anniversary.

Ambil pakej piknik kat ladang teh dengan cik adik. Barulah romantik.

Harga BiasaRM 790 ++
Tempah
Tempah  

Natasya Riverside Caravan Park, Gopeng

natasya riverside caravan park
Kredit : alex_yap

Kalau dah bosan duduk hotel, boleh merasa lepak dan tidur sempit-sempit dalam caravan.

Ambil feel jalan-jalan dengan BFF kat kat New Zealand.

Tapi kalau kat sana anda yang drive caravan, yang kat sini tak perlu hegeh kalut.

Datang bawak beg saja. Tidur dalam caravan, layan BBQ, dan berendam kat sungai sampai kecut.

Facebook.comTempah

Hotel Rosa, Melaka

Dah merasa The Chow Kit? Dan belum puas rasa duduk hotel gaya New York?

tetamu lepak di lobi hotel rosa melaka
Kredit : sugan_govindaraju

Come to Melaka, ya? 

Kat sini ada hotel butik Rosa Melaka yang dengan dinding bata merahnya boleh buat kawan-kawan kat IG menganga.

Akan ada yang cakap — asyik pi oversea saja dia, untungnya kahwin dengan laki kaya (dia tak tahu yang suami awak pun berkorban bawa Grab buat tampung belanja) ! 

Harga BiasaRM 220 ++
Tempah
Tempah

The Chateau, Bukit Tinggi

Sudah la dibuat kat kawasan tinggi, gaya pula istana begini, memang rasa dalam dongeng Perancis yang ada puteri puteri.

bilik di the chateu bukit tinggi
Kredit : alex_yap

Dengan tempat eksklusif begini, harga biliknya memanglah boleh buat hubby fikir banyak kali.

Tapi kalau untuk hari special macam birthday dan anniversary, bolehlah mula menabung hari-hari.

Booking.comTempah
Agoda.comTempah  

McAlister Mansion, Penang

datang tidur kat mcalister mansion penang
Kredit : asilah_balqis

Sekali masuk, McAlister Mansion ini buat anda rasa macam travel oversea.

Tepat lagi, rasa  macam duduk dalam rumah taikun kaya yang anda selalu tengok kat luar negeri.

Bilik airnya pun satu hari masuk lima enam kali.

Alasan nak gosok gigi — tapi bukan orang tak tau, sebenarnya nak posing buat upload kat IG.

Harga BiasaRM 750 ++
Tempah
Tempah

Eastern & Oriental, Penang

Ini hotel di Penang yang buat anda rasa macam residen kat India, masa zaman Inggeris bermaharajalela menjajah dunia.

tetamu di depan eastern oriental penang
Kredit : jedtheoptimist

Bangunan dah serba putih macam kat Taj Mahal. Barang dalam hotel pula klasik.

Sesuai sangatlah jadi hotel power untuk anda yang nak honeymoon tapi tak dapat ke luar negara.

Dan, satu lagi, nak pekena nasi kandar dari hotel mewah ini pun tak jauh mana.

Harga BiasaRM 430 ++
Tempah
Tempah  

Tiarasa Glamping Park, Janda Baik

Tahun 2019 dengan 2020, ramai orang demam glamping — acah berkhemah tapi tak mahu susah payah.

Sebab zaman ini, orang nak pos gambar kat IG dan happy-happy.

tiarasa escape di janda baik

Kat Malaysia ada satu glamping park mewah yang seakan Anmon Bintan kat Indonesia.

Namanya Tiarasa.

Kat sini, toilet ada dalam khemah. Tidur pun atas katil, dan sesetengah khemah ada bath tub lagi.

Nak lepak mandi? Pilih sahaja nak rasa air sungai atau pool cantik untuk anak isteri.

Booking.comTempah
Klook.comTempah

Casa Del Rio, Melaka

Hotel kat Melaka ini ada suntikan Sepanyol dan Mediterranean.

Dari nama, kepada hiasan sampailah lokasi kat tepi sungai, boleh terasa kat luar negeri.

posing di kawasan hotel casa del rio melaka
Kredit : murnizuriati

Tapi maaflah, tak ramai yang dapat rasa.

Sebab harga satu malamnya lagi tinggi dari kebanyakan hotel Melaka.

Harga BiasaRM 590 ++
Tempah
Tempah

Riccarton Capsule, KL

Bilik hotel kat Bukit Bintang ini bersaiz keranda tapi ada tempat tidurnya kelas pertama. Sama macam kat Jepun sana.

Riccarton ini siapa-siapa pun boleh rasa. Cuma lebih sesuai untuk orang solo atau muda belia.

Janganlah Kak Mah gatal nak adventure tidur sini bawa anak yang menyusu botol pula ye?

Harga BiasaRM 90 ++
Tempah
Tempah

Villa Samadhi

lepak tepi kolam di villa samadhi kl
Kredit : indanur

Villa ini khas untuk couple baru kahwin yang tak dapat ke Bali sebab Covid-19.

Dengan hiasan kayu dan batu macam kat Bali, dan suasana yang sunyi, memang tak rasa macam kat KL .

Tapi yang bagusnya, bila nak shopping, KLCC dan Bukit Bintang tak jauh dari sini.

Senang cerita, kalau holiday sini, memang sengih seminggu lah isteri.

Harga BiasaRM 850 ++
Tempah
Tempah

(BONUS)Eastern Oriental Train, KL

eastern oriental train yang mewah

Kami tutup senarai ini dengan penginapan istimewa dalam keretapi.

Keretapi ini lalu Singapura, Malaysia dan Thailand untuk trip paling kurang 1 hari 1 malam.

keretapi mewah eastern oriental

Keretapi dengan coach tidur ini ada gaya seakan Orient Express yang merentas London ke Vienna, Perancis.

Ada pelayan, ada coach mewah, ada cabin makan yang macam dalam movie Sherlock Holmes.

Duduk kejap pun terasa istimewa macam setaraf anak raja.

Amacam, ada yang dah merasa mana-mana hotel Malaysia yang gaya macam luar negara kat atas ini?

Atau ada lagi yang kami tak letak? Cer share kat bawah ini untuk kita check sesama.

Jomjalan