2 Acres – Ini Cafe Utk Makan Durian Balik Pulau Kat Dalam Kebunnya

Makan durian kat tepi jalan itu benda biasa.

Makan durian kat kebun durian pun ramai yang buat.

Tapi layan durian kat cafe durian gaya hipster belum ramai yang merasa.

durian 2 acres
Kredit : ngaikwye

Kalau nak cuba, tempatnya ada kat Balik Pulau, Penang.

Nama tempatnya Cafe 2 Acres.

Kredit : steinygirl_mom

Kat sini ada cafe kontena bertingkat dengan tangga besi untuk anda layan durian yang ditanam kat kebun ini.

Kredit : qmo_loon

Jenis durian yang ada banyak – dari musang king sampailah ke duri hitam.

Antara yang boleh cuba juga termasuklah durian Khun Poh.

Ini durian Balik Pulau.

Jenis durian yang orang kata, masa pertandingan durian Penang tahun 1991 pernah jadi juara.

Kredit : ngaikwye

Kafe durian ini dibuka setiap hari (kecuali Selasa).

Tapi janganlah datang waktu bukan musimnya. 

Nota : Nak tahu pasal durian? Boleh baca kat sini untuk belajar baka-baka durian yang ada.

Apa Ada Selain Durian

Selain durian ada makanan Western dan kek. 

Kredit : ngaikwye

Tapi kami nak tekankan yang ini cafe bukan Muslim. Statusnya cuma pork free. Tak cukup bagus untuk kami jamu selera kat sini.

Selain makanan, ia juga ada kopi, teh atau air buah macam strawberry dan markisa.

Kredit : vivianng1021

Harga Macam Mana?

Harga durian kat 7 Acres lebih tinggi dari biasa.

Kredit : ceres_grace

Contoh harga? Durian duri hitam dalam RM 95/kg. Dan Khun Poh dalam RM 25/kg.

Jadi sebiji durian Duri Hitam dalam RM 200 manakala Khun Poh dalam RM 50.

Kredit : steinygirl_mom

Tapi benda begini memang perlu anda jangka. 

Sebab anda bukan saja bayar durian untuk buahnya, tapi pengalaman makan buah fresh dari kebun, dalam suasana kampung, di cafe yang lebih selesa dari kebanyakan tempat makan durian kat Malaysia.

Kredit : ngaikwye

Senang cerita, kalau nak layan durian puas-puas, ini bukan tempatnya.

Tapi kalau pengalaman yang anda cari, dan harga tak buat anda lari, ini memang antara tempat menarik baru kat Penang yang boleh cuba cuti nanti.

Lokasi : 2 Acres, Lot 313 Jln Teluk Bahang, 11000 Pulau Pinang

JomJalan Seluruh Penang

Layan senarai tempat tarikan best di Penang
Tidur kat hotel terbaik Penang
Promo hotel, tarikan Penang
Makan kat kedai makan sedap Penang
Jomjalan