taman tema menarik di JB - legoland malaysia

Masa Terhad : 4 Cara Dapatkan Diskaun Tiket Legoland Murah

Tiket yang anda bakal dapat memang murah. Tapi, promosi tiket diskaun Legoland ini kadang kala tidak diheboh-hebohkan.

Baiklah, jom terus tengok 3 cara nak dapatkan tiket murah Legoland Malaysia :-

1. Gunakan Kad Maybank




Ya! Gunakan kad maybank anda tu untuk dapatkan diskaun Legoland semasa cuti sekolah ini. Tak kisah kad ATM anda ataupun kad kredit.

Syarat:
1. Setiap kad boleh digunakan untuk pembelian maksima 4 tiket
2. Promosi hingga 30 Jun 2015

Diskaun
35%

Cara:
1. Beratur beli tiket di Legoland
2. Bayar dengan kad Maybank. Beritahu penjaga kaunter yg anda ingin promosi kad Maybank

Maklumat Lanjut: Tiket legoland Murah dengan Promosi Maybank

2. Beli Awal Secara Online

Bagi yang selalu online, memang ini perkara biasa. Tapi surprise! surprise! ramai yang terjah je Legoland dan bayar harga penuh.

Syarat:
Beli Online di Laman Rasmi Legoland

Diskaun Kerana Beli Awal:
1 minggu awal: 7%
2 minggu awal: 14%
3 minggu awal: 20%

3. Tiket Percuma Dengan Suratkhabar Utusan

Yang ini perlukan sedikit usaha. Tapi kalau anda ada kawan-kawan atau ibu saudara yang melanggan Utusan, boleh mula telefon sekarang. Sebab anda boleh dapat tiket percuma

Diskaun: 100% (Tiket Percuma) dengan kempen Tebus Tiket Percuma

Cara:
1. Kumpul 2 keratan kepala akhbar Utusan + 2 kerata kepala akhbar Mingguan Malaysia
2. Keratan mesti bertarikh antara 18 Mei – 11 Jun 2015
3. Dapatkan 1 tiket untuk setiap kumpulan di atas. Maksimum 4 tiket seorang.
4. Tebus pada 11 Jun di pejabat Utusan seluruh negara

Masalahnya:
1. Tiket sah hanya 22 Julai – 18 Sep 2015 (tapi tidak sah pada hari cuti Malaysia)

4. Follow Legoland Promo Kat LuxMalaya

Ha! Ni ada satu site ni namanya LuxMalaya. Kat sini anda bolehlah stalk page Legoland Promo dia. Sentiasa updated dengan promo Legoland.

Nak pergi tempat lain pun ada diskaun, promo juga. Rajin-rajin la belek site ni tau.

Anda ada cara lain? Jom kongsi!