7 Hotel di Pantai Cenang, Langkawi Yg Murah (Tapi Bersih & Selesa)

Nak cari hotel murah tapi selesa kat pantai Cenang, Langkawi?

Kami ada senarainya.

Jom tengok hotel bajet mana yang anda suka.

Malibest Resort

malibest - hotel bajet cenang yang tepi laut
Harga BiasaRM 119 ++
Tempah
Tempah

Kalau anda dapat tidur kat Malibest, lokasinya mesti buat anda kagum.

Anda cuma beberapa langkah sahaja dari pantai, restoran dan macam-macam kedai kat sini.

Bilik dan katilnya besar, dan restoran pula ada kat seberang jalan.

Kalau anda dapat bilik menghadap laut, lagi syok. Sebab dapat tidur dengan bunyi ombak.

View dari dalam bilik pula memang class.

Sayangnya, perabot kat Malibest ni dah lama.

Peluang untuk anda berjaya dapatkan bilik pun cukup tipis.

Kalau betul nak tidur sini, tempah beberapa bulan awal.

Cenang Plaza

bilik cenang plaza di langkawi
Harga BiasaRM 120 ++
Tempah
Tempah

Cenang Plaza ini dekat dengan laut.

Dan ia juga lebih selesa kalau dibandingkan dengan kebanyakan hotel atau motel bajet di kawasan ini.

Dan kalau anda ambil bilik yang ada verandah, memang boleh lepak sambil layan matahari terbenam dari bilik saja.

Kalau nak makan minum, Cenang Mall, KFC, Starbucks semua pun dalam jarak jalan kaki sahaja.

Satu kelemahan hotel ini ialah biliknya cuma ada 43 biji.

Jadi kalau nak menginap di sini, kenalah tempah awal.

Pondok Muara Chalet

bilik di pondok muara cenang langkawi
Harga BiasaRM 99 ++
Tempah
Tempah

Bilik di Pondok Muara Chalet lebih baik dari kebanyakan motel dan chalet murah di kawasan Pantai Cenang.

Tapi, ia bukan kat tepi pantai.

Anda kena jalan kira-kira 15 minit atau memandu dalam 5 minit kalau nak ke pantai.

Tapi harganya cik abang, akak, lagi murah dari kebanyakan penginapan di Cenang.

View pun ada view sawah padi.

Jadi ini juga antara pilihan bilik bajet yang baik kat Cenang ini.

Shellout Cenang

kolam shell out cenang langkawi
Harga BiasaRM 158 ++
Tempah
Tempah

Untuk anda yang mahu penginapan ringkas, tapi bersih di Cenang ini antara pilihannya.

Penginapan di Shell Out ini bukan sahaja ada chalet kecil untuk anda yang datang berdua, tapi juga chalet untuk keluarga besar.

Yang bagusnya, tempat ini dikelilingi mart dan kedai.

Jadi memang boleh jalan kaki bersama untuk layan laut, makan dan cuci mata (Cenang Mall dekat).

Kolam renangnya kecil.

Tapi bukan masalah sebab pantai ada di seberang jalan.

Cenang Room by Virgo Star

Harga BiasaRM 130 ++
Tempah
Tempah

Untuk anda yang datang dengan anak kecil, dan mahu bilik yang dekat dengan pool, boleh timbangkan Cenang Room by Virgo Star ini.

Buka pintu bilik, anak dah boleh terjun layan pool.

Dan ada 2 kawasan pantai yang boleh anda semua layan — Pantai Cenang dan Pantai Tengah.

Cumanya penginapan ini jalan masuknya agak ke dalam dari jalan besar.

Jadi tak sesuai untuk anda yang suka balik lewat malam.

MyVilla Langkawi

kolam renang di myvilla pantai cenang
Harga BiasaRM 130 ++
Tempah
Tempah

Motel ini dalam jarak 7 memandu ke Pantai Cenang.

Jadi kalau anda nak menginap kat penginapan tepi pantai, ia tak ideal.

Tapi kan, bilik kat sini memang dibuat untuk keluarga.

Ianya besar dan ada peti sejuk kecil.

Parking pun selesa, tak pening nak keluar masuk.

Kalau nak membeli barang keperluan, ada kedai dalam perjalanan pulang ke sini.

Dan kalau nak ke tarikan di Cenang macam Underwater World pun cuma cuma memandu dalam 10 minit.

Fave Hotel

fave
Harga BiasaRM 190 ++
Tempah

Kami tutup hotel bajet di Cenang dengan Fave Hotel.

Kalau anda datang untuk bulan madu dan nak hotel baru, moden dan bersih, boleh pilih Fave hotel.

Yup! Harganya premium (dulu tak semahal ini) dan kurang sesuai kalau anda lebih banyak menghabiskan masa di luar dari di dalam bilik.

Kalau anda tempah dengan sarapan, anda boleh pilih sarapan Barat atau orang Malaysia.

WIFI free, kolam renang ada, dan kedai kopi pun tersedia dalam hotel untuk keselesaan anda berdua.

Sekarang yang mana satu pilihan hati?

Hotel Terbaik Langkawi

JomJalan Seluruh Langkawi

Senarai tempat tarikan best di Langkawi
Layan kedai makan sedap Langkawi
Promo hotel, tarikan Langkawi
Jomjalan