7 Hotel di Cameron Highlands Yg Romantik & Best Utk Honeymoon

Honeymoon kat Cameron memang romantis — dengan sejuknya dan suasananya yang macam oversea.

Ini 7 hotel di Cameron Highlands yang paling best untuk anda bulan madu kat sini nanti. 

The Smokehouse Hotel

hotel best untuk honeymoon yg dekat pasar malam cameron highlands - the smokehouse
Harga BiasaRM 420 ++
Tempah
Tempah

Hotel butik kecil dan mewah ini cukup ideal untuk bulan madu.

Ia aman dari dari sibuk kawasan Brinchang.

Dan dekat dengan tarikannya, macam pasar malam di Golden Hill.

Biliknya klasik.

Terasa macam holiday kat cottage countryside di England yang romantik. 

Alamat : By the Golf Course, Tanah Rata, 39000 Tanah Rata, Pahang / 05-491 1215

Century Pines Resort

Century Pines Resort di cameron highlands yang cantik dan romantik untuk honeymoon
Harga BiasaRM 290 ++
Tempah
Tempah

Ini pula antara hotel yang best kalau nak cuti romantis di kawasan Tanah Rata.

Bilik anda elegan dan selesa.

Dan suasana hotel tenang, dikelilingi pokok pine dan dengan taman untuk jogging bertentang hotel anda.

Nak ke pekan Tanah Rata?

No worries sebab lokasinya power — drive dalam 5 minit sahaja dah jumpa cafe untuk layan kopi panas dengan si dia.

Alamat : Jalan Masjid, Tanah Rata, 39000 Tanah Rata, Pahang / +603 – 97701055

Strawberry Park Resort

suasana romantik Strawberry Park Resort di cameron highlands yg sesuai untuk honeymoon
Harga BiasaRM 650 ++
Tempah
Tempah

Ini antara hotel romantik untuk honeymoon kat Cameron yang tersorok dari jalan besar.

Bilik anda besar dan selesa.

Dan ada verandah untuk layan view dari bilik sama-sama.

Kawasan hotel pun tenang untuk rehat berdua.

Kalau kat di kawasan Brinchang, ini antara hotel paling mewah yang ada.

Alamat : Lot 195 & 196, Jalan Strawberry Park, Brinchang, 39000 Brinchang, Pahang / 05-491 1166

The Lakehouse

cottage The Lakehouse cameron highlands yang romantis dan sesuai untuk bulan madu
Harga BiasaRM 790 ++
Tempah
Tempah  

Nak hotel untuk honeymoon di Cameron Highlands di lokasi yang jauh dari sesak pekan? Ini jawapannya.

Hotel gaya kolonial British ini cantik dan romantik.

Kawasannya tenang, dengan gaya cottage di England.

Bila malam, anda berdua boleh duduk bersembang di pendiang api.

Petang, bersama minum tea dan waktu lain duduk berdua di luar hotel sambil bergambar untuk IG atau memori.

Alamat : 30th Mile, Jalan Ringlet – Sungai Koyan, Sungai Khazanah, 39000 Ringlet, Pahang / 05-495 6152

Tips: Hotel ini lebih dekat kalau anda ikut Jalan Tapah – Cameron. Ia kurang ideal kalau anda nak explore Cameron, sebab anda perlu memandu agak jauh ke sana.

Hotel Honeymoon Terbaik Di Malaysia

Nova Highlands

suasana dalam hotel nova highlands di brinchang cameron yang moden

PENTING : Kami dapati kualiti hotel ini semakin merosot sejak review terakhir kami. Kami mungkin akan mengeluarkannya dari senarai ini dlm masa terdekat.

Harga BiasaRM 190 ++
Tempah
Tempah

Kalau anda nak penginapan jenis apartmen untuk honeymoon di Cameron, ambil yang ini.

Bilik anda moden, luas dan siap fasiliti macam microwave dan ruang tamu.

Untuk keperluan cuti, 7-Eleven, Watson dan sebagainya ada kat bawah apartmen.

Dan untuk ke ladang teh BOH, penginapan anda memang betul-betul dekat simpang masuk ke situ. 

Alamat : Jalan Aranda Nova, Greencow, 39100, 2, 59, Brinchang, 39000 Tanah Rata, Pahang / 05-496 1434

Hotel de la Ferns

hotel de la fern cameron highlands yang dekat dengan jalan besar
Harga BiasaRM 440 ++
Tempah
Tempah

Bila anda berbulan madu kat hotel ini, senang nak ke mana-mana.

Sebab lokasinya kat tepi jalan besar beberapa minit dari Taman Sedia.

Bilik anda selesa, walaupun dekorasi bilik dan fasilitinya old school saja.

Yang bagus lagi, makanan kat hotel ini ada sijil halal Jakim.

Boleh nak candle light atau layan teh petang dengan senang dan tenang.

Alamat : Batu 39, Jalan Besar, Tanah Rata, 39000 Tanah Rata, Pahang / 05-491 4888

Cameron Highlands Resort

cameron highlands resort milik ytl yang mewah
Harga BiasaRM 690 ++
Tempah
Tempah

Kita tutup senarai ini dengan hotel terbaik untuk anda berbulan madu mewah kat Cameron Highlands.

Bilik, makan pagi dan suasana hotel cukup elegan.

Dari makan pagi, malam dan tea, sampailah ke spa, suasana dan servisnya 5 bintang untuk diingat buat memori.

Nak tambah romantik lagi?

Silakan tempah Signature Picnic Experience untuk layan piknik berdua kat bukit dengan panorama lembah teh yang cantik.

Alamat : By The Golf Course, Cameron Highlands Golf Course, Brinchang, 39000 Tanah Rata, Pahang / 05-491 1100

Lengkap sudah senarai hotel-hotel yang paling bagus dan paling romantis di Cameron Highlands untuk bulan madu anda nanti.

Cuma yang perlu fikir adalah bajet dan kawasan mana yang sesuai untuk anda berdua — Brinchang atau Tanah Rata?

So, antara semua hotel best kat atas, yang mana pilihan anda berdua?

NOTA : Versi bahasa Inggeris artikel ini : 7 Romantic Hotels in Cameron Highlands for an Unforgettable Honeymoon

JomJalan Seluruh Cameron

Senarai tarikan best di Cameron
Promo hotel, tarikan Malaysia
Layan kedai makan sedap kat Cameron Highlands
Jomjalan