Adohai! AirAsia Akan Mengenakan Charge PSC, RM 23 Pada Penumpang Bermula Malam Ini

UPDATE 30 Ogos 2018 -- Kerajaan hari ini mengumumkan bahawa charge tambahan RM 23 ini dihapuskan. Charge PSC KLIA2 kekal pada RM 50 dan bukannya RM 73.

KUALA LUMPUR 8 Ogos 2019 – Mulai tengah malam ini, penumpang AirAsia dari KLIA2 ke destinasi luar ASEAN akan membayar lebih untuk tiket mereka.

Tambahan bayaran RM 23, akan dikenakan sebagai caj perkhidmatan penumpang (PSC), setelah Airasia kalah dalam rayuan mereka di Mahkamah Tinggi.

Ini Charge Apa Pula?

PSC ini sebenarnya caj perkhidmatan yang dikenakan oleh Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB). Syarikat penerbangan seperti AirAsia diarahkan untuk mengenakan caj ini kepada penumpang, dan ianya diserahkan kepada MAHB.

Dalam erti kata lain, syarikat penerbangan cuma pengutip.

PSC bagi penerbangan ke destinasi di luar ASEAN dari KLIA2 telah naik lebih dua kali ganda dalam masa kurang dua tahun.

Bermula daripada hanya RM32 pada 2016, ia telah naik kepada RM73 mulai tahun lepas, menjadikannya sama seperti caj PSC di KLIA.

Walaubagaimanapun, AirAsia enggan mengutip caj ini untuk semua penerbangan antarabangsa dari KLIA2.

Mengapa AirAsia Enggan?

Pada Airasia, penumpang KLIA2 tidak sepatutnya membayar caj PSC yang sama seperti penumpang yang berlepas dari terminal utama di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menurut mereka, kemudahan KLIA2 tidak setaraf KLIA. Kenaikan PSC juga melampau kerana ada dua kenaikan dalam masa yang singkat menjadikan jumlah yang dikenakan kepada penumpang menjadi tidak munasabah.

AirAsia Kalah Lawan MAHB

Pada 18 Julai tahun ini. AirAsia telah tewas di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, dan telah diarahkan untuk membayar sejumlah RM 40.8 juta kepada Malaysia Airports Sepang, iaitu anak syarikat MAHB.

Jumlah ini adalah jumlah tambahan caj PSC yang tidak dikutip oleh syarikat itu selama 6 bulan tahun lalu.

Apa Sekarang?

Jadi mulai malam ini, PSC akan mula dikutip, walaupun akan dinyatakan sebagai PSC (Under Protest).

Kata Ketua Pegawai Eksekutif Air­Asia, Riad Asmat “Kami akan mengenakan PSC penuh sebanyak RM73 tetapi kami berbuat demikian de­ngan protes kuat.”

Tambah beliau, perincian tambang PSC yang dinyatakan “.. akan membolehkan 5.5 juta tetamu kami yang berlepas dari KLIA2 ke destinasi bukan ASEAN setiap tahun untuk melihat berapa banyak mereka bayar untuk kemudahan di KLIA2.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes:

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>