Airbnb sedang mencari traveller yang nak duduk kat Airbnb nya di Sicily, Italy.
Duduk percuma, selama setahun di sana.
Kalau anda terpilih, anda duduk di kawasan Sambuca — tempat yang pernah diletakkan sebagai kampung Itali paling cantik tahun 2016.
Nama Airbnb anda? 1 Euro House.
Apa Cerita Nya Ni?
Pernah dengar tak satu masa dulu, Italy ada buka tawaran untuk orang luar beli rumah di Italy?
Rumah yang harganya 1 Euro ( RM 4.80).
Rumah-rumah ini sebenarnya rumah lama, tapi masih kukuh. Cuma ia terbiar.
Tapi ada syarat nak beli — anda wajib restore semula rumah-rumah yang anda beli.
AirBnb Pun Beli
Untuk syarikat bernilai berbillion dan dalam industri travel, ini opportunity.
Jadi Airbnb telah beli, dan restore semula sebiji rumah 3 tingkat kat area Sambuca, Italy.
Rumah ini 6 bilik. Dan kawasan dalamnya dah dipulihkan tatahiasnya oleh firma arkitek Itali.
Dari pecah sana sini, sekarang dah jadi minimalis dan moden rupanya.
Syarat Duduk Sini
Anda duduk sini, tak bayar sewa. Percuma. Setahun lamanya.
Siap boleh bawa kawan atau wife/husband bersama. Anak pun boleh ikut.
Tapi total maksima 2 dewasa, 2 anak.
Tapi dah duduk free, anda kena kerja masa sini.
Kerjanya? Jadi host Airbnb — handle tetamu selama paling kurang 9 bulan masa anda di sini.
Tapi tunggu dulu — jangan buat itu penghalangnya.
Sebab semua hasil wang dari Airbnb yang anda handle ini dapat kepada anda.
Ha! Sekarang cerah balik mata ya?
Bila kat sini, anda juga akan diberi kelas bahasa Itali dan juga kelas memasak — supaya senang sesuaikan diri.
Dan mesti umur lebih 18, dan boleh berbahasa Inggeris.
Weh! Kat Mana Nak Apply?
So macam mana?
Lidah dah gatal nak makan risotto, pizza dan pasta, buat ganti nasi lemak dan roti canai kuah dalca?
Okay, ambil cuti 1 tahun. Apply duduk Italy kat sini.
Kalau berjaya dipilih jadi host, anda mula 30 Jun 2022 ini.