Bosan terperap kat rumah masa PKP? Nak cuba aktiviti lasak lagi ekstrem di KL, Selangor Putrajaya?
Tak ada masalah sebenarnya. Sebab tempat sukan ekstrim kat sini banyak yang ada.
Jom pilih mana satu ngam dengan anda.
Aktiviti Ekstrem di KL, Lembah Kelang & Putrajaya
- 1 Escape Paradigm Mall
- 2 District 21
- 3 Flyboard Malaysia
- 4 Putrajaya Waterski School
- 5 Balloon Adventure
- 6 Water Rafting Kuala Kubu
- 7 KL Skytours
- 8 Skytrek Sungai Congkak
- 9 Aquaria KLCC
- 10 Dinner in The Sky
- 11 Hauntu
- 12 Bump Boulder
- 13 Camp 5
- 14 Air Rider 1Utama
- 15 Canyon Paintball
- 16 Sunway Lagoon
- 17 City Karting Shah Alam
- 18 ATV Adventure Park
- 19 Gua Damai Extreme Park
- 20 Mudtrekker Paintball
- 21 Paragliding Jugra
Escape Paradigm Mall
Harga Tiket (RM) | Dewasa | Kanak2 |
---|---|---|
Warganegara | 107.62 | 71.43 |
Harga tiket dikemaskini hingga : 2 Jan 2024 |
Anda ada Tarzan terperangkap dalam jiwa? Pernah pergi Escape Penang dan ketagih nak memanjat sini sana, tapi cuti susah nak clear?
Tak apa. Hujung minggu boleh layan mini Escape kat Paradigm Mall ini.
Ada zip line dan panjat dinding sampailah halangan tali yang bertingkat tinggi. Nak datang seorang? Boleh saja. Tapi lagi best kalau layan aktiviti ekstrem kat KL ini dengan member.
District 21
Harga Tiket (RM) | Pemain | Pelawat |
---|---|---|
Hari Biasa | 64 | 10 |
Hujung Minggu/Cuti | 80 | 10 |
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 10 Jan 2024 |
Siapa kata benda ekstrim ada cuma outdoor saja? Kat District 21 Putrajaya ini pun boleh layan benda ekstrem yang buat hati debar.
Yang dah lama tak solat pun tiba-tiba pandai mengucap dibuatnya.
Kat sini ada 23 aktiviti mencabar. Boleh meniti atas tali, boleh juga buat free fall 2 tingkat tinggi. Nak ber zipline tapi gaya superman? Cuba roller glider.
Semua ini kat satu tempat, dan dalam IOI Mall, Putrajaya saja.
Tips : Kalau nak tidur kat Putrajaya, ini hotel paling best kat sana.
Flyboard Malaysia
Harga Tiket (RM) | Dewasa | Kanak2 |
---|---|---|
Per Pax | 350 | 350 |
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 12 Jan 2024 |
Ini tempat rasa jadi Iron Man sehari.
Harga tak murah. Tapi seronoknya kena cuba walaupun seumur hidup sekali untuk tahu.
Kalau anak nak naik, boleh juga. Terbang tandem dengan ayah atau ibu.
Tapi sebab aktiviti ini kat tasik, jangan lupa siapkan krim sunscreen. Takut sunburnt nanti.
Putrajaya Waterski School
Kalau tak mahu terbang ke atas, tapi nak rasa meluncur atas air tasik Putrajaya, aktiviti lasak outdoor satu lagi ini pun boleh cuba.
Ada wakeboarding, wake surfing sampai ke waterskiing.
Dan jangan ingat benda mencabar ini untuk dewasa saja. Anak dari umur 6 tahun boleh layan ini sebenarnya.
Balloon Adventure
Jenis Flight | Harga (RM) |
---|---|
Private Flight | 2750 |
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 12 Jan 2024 |
Duit anda bertingkat tingkat? Nak benda ekstrim tapi romantik?
Ini peluang merasa seumur hidup sekali dengan buah hati — naik belon panas macam kat Istanbul, Turki.
Dengan Balloon Adventure ini, anda bakal naik belon dan layan suasana Putrajaya, dan dibawa naik oleh pemandu belon peribadi.
Water Rafting Kuala Kubu
Harga Pakej (RM) | Dewasa | Remaja |
---|---|---|
Water Rafting | 200 | 200 |
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 11 Sep 2024 |
Kalau anda jenis yang suka main air tapi nak lebih lasak dari setakat mandi air terjun, boleh cuba water rafting kat Kuala Kubu, Selangor.
Dari KL cuma 1 jam nak ke sini. Boleh naik raft sejauh 8 km, dengan harga tak mahal mana.
Tapi pakej nya paling kurang kena berdua. Pakej selalunya siap dengan makan tengahari. Cuma nak ke sini, guna dengan kenderaan sendiri.
Tips : Ini senarai lokasi white water rafting popular di Malaysia.
KL Skytours
Naik flight mungkin tak gayat. Tapi apa kata naik helikopter kecil kat Taman Tasik Titiwangsa pula?
Tipulah kalau kata senyum saja, dan claim hati tak berdebar bila melangkah nak naik helikopter.
Lagi-lagi kalau sudah kat atas, pilot rasa nak buat stunt sikit. Confirm peluh jantan menitik tiba-tiba.
Skytrek Sungai Congkak
Untuk adrenaline junkie yang nak buat obstacle course dalam hutan, tapi nak merasa pula apa bestnya bergerak dari hujung dahan ke hujung dahan ini lokasinya.
Kalau baru nak cuba, ambil course Beginner.
Tapi kalau dah biasa dan fit badannya, course Advanced untuk lebih ekstrem tersedia.
Aquaria KLCC
Harga Tiket (RM) | Dewasa | Kanak2 |
---|---|---|
Isnin - Jumaat | ||
Warganegara | 52 | 42 |
Pelancong asing | 75 | 65 |
Hujung Minggu / Cuti | ||
Warganegara | 55 | 45 |
Pelancong asing | 79 | 69 |
Harga dikemaskini sehingga : 2 Jan 2024 |
Untuk orang KL, benda ekstrem paling dekat dan paling buat jantung gugur ada kat Aquaria KLCC.
Kalau aktiviti mencabar lain melibatkan anda saja, yang kat sini melibatkan anda dan juga jerung dalam akuarium tengah bandaraya.
Caranya senang. Join program Dive with The Shark. Boleh bersemuka dengan jerung depan mata.
Dinner in The Sky
Harga Tiket (RM) | Dewasa (RM) |
---|---|
Economy Class | 369 |
Business Class | 569 |
First Class | 939 |
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 19 Sep 2021 |
Tak mahu basah atau kotor sebab nak ekstrim dengan buah hati?
Apa kata makan kat Dinner in The Sky? Ini lokasi untuk bawa si dia makan malam ekstrim tapi romantik waktu anniversary.
Tempat makan anda kat outdoor. Lokasinya, tengah Bukit Bintang. Makan kat atas dek khas, dengan kerusi siap tali pinggang keledar, dan diangkat kren tinggi.
Hauntu
Harga Tiket (RM) | Dewasa | Kanak2 |
---|---|---|
Warganegara | 65 | 65 |
Harga tiket dikemaskini sehingga : 10 Jan 2024 |
Ada orang kata dia berani. Sengih saja bila naik rollercoaster atau lompat bungee. Tapi bila bab hantu, baru dengar seramnya lagu, dah standby tutup mata walaupun cuma dalam TV.
Kalau anda tak begini, apa kata anda masuk ke rumah hantu paling happening kat Malaysia — Hauntu namanya.
Sebab kalau rumah hantu lain setakat menyakat, yang ini anda pun tak tahu staff mereka betul kena rasuk atau memang berlakon nak takutkan you.
Bump Boulder
Ini satu lagi tempat panjat dinding kat Lembah Kelang ini.
Sesuai sangat nak memanjat tapi nak tempat yang premium. Sebab selain dinding ada gym kecil, loker dan juga shower supaya badan segar lepas peluh keluar semua.
Kalau rasa nak layan kopi lepas panjat, ada cafe kecil untuk tenangkan kepala.
Camp 5
Harga Tiket (RM) | Dewasa | Remaja | Kanak2 |
---|---|---|---|
Pass 1 Hari | |||
Off Peak | 31.50 | 22.50 | 13.50 |
Peak | 42 | 30 | 18 |
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 11 Jan 2024 |
Camp 5 dalam mall 1 Utama Ini antara tempat memanjat dalam bangunan paling awal dalam negara ini.
Jadi memang sesuai sangat kalau nak cuba memanjat — tak kisahlah untuk bawa anak tadika atau terasa nak cuba walaupun umur dah dekat separuh abad.
Kalau tak suka nak memanjat-manjat, no problem. Cuba Air Rider.
Air Rider 1Utama
Harga Tiket (RM) | 2X | 4X | 10X |
---|---|---|---|
Hari Biasa | 99 | 169 | 379 |
Sabtu, Ahad & Cuti Umum | 109 | 179 | 399 |
Harga tiket dikemaskini hingga : 2 Jan 2024 |
Pernah terfikir nak merasa terjun dari kapal terbang, pusing-pusing layan view dari atas sana sebelum terjun ke bawah dengan payung terjun?
Kalau ya, Air Rider ini tempat rasa feel hampir sama — cuma lagi selamat dan jauh lagi murah dari buat benda esktrim sebenarnya.
Canyon Paintball
Tak jauh dari 1 Utama ada tempat main perang-perang ini.
Ngam sangat untuk orang yang ramai member — dan teringin nak menembak buat lebam seorang dua.
Saiz tempat ini 20 ekar. Cukup luas banyak game serentak. Dan kalau nak buat tournament ada 2 gelanggang khas untuk itu.
Sunway Lagoon
Harga Tiket (RM) | Dewasa | Kanak2 |
---|---|---|
Warganegara | 165 | 140 |
Pelancong Asing | 225 | 190 |
+ Express Lane (Quack Xpress) | + 90 | + 90 |
Harga tiket dikemaskini : 2 Jan 2024 |
Sunway Lagoon ini bukan saja boleh main air dan slide, tapi ada aktiviti lasak lain yang anda boleh buat.
Kalau berani boleh naik Vuvuzela — corong air yang tingginya 11 tingkat. Ini corong air paling tinggi dan paling besar dalam dunia sejagat.
Belum takut? Okay, boleh buat buat bungee jump kat sini. Tak tinggi sangat, cuma dalam 9 tingkat.
City Karting Shah Alam
Khas untuk jaguh-jaguh jalan raya Malaysia, ini sebenarnya tempat nak tunjuk power.
Naik go kart. Race dengan member, dan tekanlah minyak selaju mungkin. Pusinglah lap kat sini selaju yang anda upaya.
Dari race naik Myvi pergi langgar orang nak pergi kerja, baiklah practise skill kat litar lumba. Mana tau satu hari boleh wakil Malaysia?
ATV Adventure Park
Untuk yang nak merasa redah hutan naik ATV, cuba ATV Adventure Park kat Kemensah ini.
Tempat ini sudah ada lama, dan dikatakan sebagai lokasi main ATV paling besar dalam Malaysia.
Dan yang best nya bukan setakat redah hutan dengan jentera, tapi anda juga bakal ke air terjun untuk cuci mata.
Gua Damai Extreme Park
Harga Pakej Biasa (RM) | Dewasa | Remaja |
---|---|---|
Rock Climbing @ Top Rope | 140 | 140 |
Adventure Caving | 100 | 100 |
Zipline | 50 | 50 |
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 2 Jan 2024 |
Ramai yang tengok gua Batu Caves dan rasa aduhai tingginya lah tangga nak ke atasnya. Tapi sebenarnya ada cara lagi seronok panjat kawasan area ini sebenarnya.
Caranya dengan tali — kat Gua Damai Extreme Park ini. Ada lebih 120 jalan ke atas yang sudah siap untuk dicuba explore nanti.
Takut nak panjat? Kalau begitu cuba zipline sini.
Mudtrekker Paintball
Tempat main paintball kat Shah Alam ini lagi satu arena paintball yang best kat Lembah Kelang ini.
Yang bestnya, kawasan perangnya ada banyak jenis — dari kawasan ala hutan ala perang Vietnam sampai kepada kawasan ala koboi dalam kawasan berpasir.
Kalau dah penat main Counter Strike kat skrin, ini masanya ajak member ramai-ramai perang sama-sama. Barulah power.
Paragliding Jugra
Harga Paragliding (RM) | Per Pax |
---|---|
Warganegara | 250 |
Pelancong Asing | 280 |
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 11 Jan 2024 |
Untuk anda yang nak layan payung terjun, tapi dari atas bukit, Jugra ini tempatnya.
Kat sini anda bakal layan pemandangan Sungai Langat sampailah ke Selat Melaka.
Kalau belum cukup tinggi, ada satu lagi port paragliding. Kat Kuala Kubu Baru. Benda sama. Tapi tinggi 4 kali ganda.
Okay guys! Cukup kat sini dulu senarai aktiviti lasak dan ekstrem di Selangor, KL dan Putrajaya untuk anda ajak member atau family masa cuti nanti.
Nak habis layan semua aktiviti kat atas pun ambil masa dan wang banyak sebenarnya. Jadi kena plan mental. Bank akaun pun kena sihat bakinya.
Apapun, share list ini sama-sama. Boleh bincang dengan member, yang mana satu nak diletak dalam bucket list, dan wajib dicuba sebelum anda semua jadi tua.
[static_content id=”18001″]