Anwar PM ke10 – Ini Janji PH Tentang Pengangkutan/ Travel pada PRU-15

Pada pukul 5 petang ini secara rasminya Dato Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-10.

Sementara beliau membina kabinet baru Malaysia, kami di JomJalan mengambil kesempatan untuk menyemak kembali manifesto berkaitan dengan pengangkutan (dan secara tidak langsung pelancongan) oleh parti beliau.

Berikut adalah janji-janji beliau untuk Malaysia :

Tambang Tetap Mahasiswa

kembara siswa PH manifesto

Setiap mahasiswa dijanjikan tiket penerbangan pada harga tetap RM199 utk perjalanan dari Sabah/ Sarawak ke Semenanjung (atau sebaliknya).

Terhad untuk 2 kali setahun.

Kad Belia

kad belia manifesto PH

Menaiktaraf kad siswa kepada kad belia utk mereka yang berumur 13 – 25 tahun.

Kad ini membolehkan belia mendapat diskaun di perniagaan terpilih.

Jom Travel

skim warga emas PH

Pengangkutan bas percuma untuk warga emas ke pusat pelancongan dalam negara.

Juga tambang pengangkutan awam percuma (berbanding 50% kini) untuk warga emas.

Akses OKU

Memperbaiki akses kemudahan dan pengangkutan awam agar lebih mesra OKU.

Hapuskan Tol

PH menjanjikan bahawa tol PLUS dan LPT 2 akan dikurangkan secara beransur-ansur sehingga ia dihapuskan. Tiada tempoh masa diberikan.

Tingkatkan Pengangkutan Awam

7,000 bas akan ditambah di Lembah Kelang dan 3,000 di seluruh negara.

Waktu menunggu tidak lebih 10 minit.

Dan tambang pengangkutan awam akan dihadkan kepada RM 5 sahaja sehari.

Voucher Transit

Voucher utk ke stesen transit melalui e-dompet pada harga RM5 x 10 voucher diberikan utk perjalanan ke stesen LRT, monorail, KTM stesen bas dan sebagainya.

Mod Pembayaran Lebih Luas

Mod pembayaran untuk perjalanan dengan pengangkutan awam diluaskan kepada e-dompet dan dan kad debit (dan bukan hanya Touch n Go seperti sekarang).

Berbeza dari manifesto PH pada PRU-14, ianya jauh lebih sederhana.

Apa pandangan anda?

Berapa banyak dari semua di atas yang anda rasa bakal jadi kenyataan sepanjang pemerintahan PM ke-10 Malaysia?

JomJalan Seluruh KL

Senarai tarikan best di Kuala Lumpur
Hotel terbaik pilihan kami
Promo hotel, tarikan KL
Layan kedai makan sedap kat KL
Jomjalan