Kalau anda datang dengan family dan nak apartmen kat KL yang senang nak meronda, boleh shortlistkan apartmen ini.
Pada kami ia istimewa.
Sebab suasananya dan view pun lawa bila malam menjelma.
Nama apartmen ini 8 Kia Peng Suite.
Letaknya dalam kondo di 8 Kia Peng – tak jauh dari KLCC dan hampir juga dengan Bukit Bintang.
Condonya moden.
Harga | RM 450 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Dan anda boleh pilih nak unit yang ada 1 bilik atau 2.
Cukup untuk keluarga kecil dengan anak seorang dua.
Apartmen anda ini lengkap dengan fasiliti homestay macam microwave, mesin basuh dan fridge sampai ke drier.
Unit anda luas dan mewah.
Dan kalau condo lain kat KLCC atau kat Bukit Bintang kebanyakannya di jalan besar, yang ini sedikit tersorok.
Jadi suasana lebih aman dan rasa lebih eksklusif.
Harga | RM 450 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Yang best lagi, sebab ia di tingkat tinggi, sesetengah unit boleh nampak menara berkembar KLCC dari bilik saja.
Memang layan view bila malam tiba.
Dan untuk anda yang suka berenang, kolam renangnya jenis infiniti.
Memang buat anda nak berendam satu hari.
Nak shopping dan cuci mata?
Memandu ke KLCC dan Bukit Bintang cuma 10 – 15 minit sahaja.
Kalau ambil Grab pun tak mahal mana.
Yup! Harga apartmen kat sini sedikit tinggi.
Tapi pada kami berbaloi untuk datang sesekala dengan keluarga.
Lagi-lagi bila tiba waktu sambut anniversary atau celebrate event penting dalam family.
So, macam mana?
Boleh bayangkan anda lepak cuti dalam apartmen mewah ini nanti?
Harga | RM 450 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |