pool area arte thomas chan

Arte by Thomas Chan – Layan Vibe Paris tapi dari KL Je

Musim Covid, ramai yang mengeluh sebab tak dapat pergi overseas.

Dan walaupun kami dah senarai lokasi tempat-tempat best kat Malaysia yang gaya macam overseas kat sini dan sini, dan juga hotel-hotel seluruh negara yang ada gaya oversea masa Covid-19, rupanya masih belum mencukupi.

Tak juga kami sangka yang sementara banyak hotel yang tutup disebabkan wabak, ada satu hotel baru dibuka di Mont Kiara yang boleh dibuat melepas dendam nak ke Paris.

Nama hotel ini Arte by Thomas Chan.

Ini kawasan dining hall. Anda akan layan sarapan dan makan malam di kawasan berseni ini.

Dan kalau untuk minum petang pun kawasan yang didekorasi dengan marmar berukir ini dibuka. Boleh buat layan croissant dan kopi.

Setiap inci hotel ini penuh seni. Jauh beza dengan gaya tropika Malaysia. Kalau ikut cerita orang hotel, penginapan kat Arte by Thomas Chan ini dibuat gaya klasik Perancis yang penuh mewah, dengan ukiran yang cukup teliti.

Kawasan bilik tidur anda pun mewah. Ditatahias dengan gaya yang satu ketika dulu hanya boleh dilayan pemerintah Perancis atau bangsawan setaraf Napoleon dan Josephine.

Masuk bilik terasa macam puteri puteri. Dari kawasan katil sampai ke bilik mandi.

Pada kami dengan adanya Arte by Thomas Chan ini, menambah satu lagi hotel honeymoon di Kuala Lumpur untuk pasangan yang baru jadi suami isteri.

Kalau nak layan pool, boleh ke kawasan rooftopnya. Masih penuh glamour, pool di bumbung ini dibuat di tamannya yang dipanggil Les Belles Piscine. Dari pool infiniti, boleh layan suasana malam bandaraya KL dengan isteri atau hubby.

Senang cerita, setiap inci Arte by Thomas Chan ini hasil seni. Cocok untuk IG, kena sangat untuk yang bercuti dan mahu cipta memori.

So, ada rasa teringin nak rasa vibe Paris kat sini?

Harga : RM 410++

Booking.comTempah
Agoda.comTempah

[static_content id=”18001″]