upin ipin les copaque

Bakal Tiba ! Taman Tema Upin Ipin di Cyberjaya 2025 Nanti

Les Copaque hari ini mengumumkan yang lokasi untuk taman tema Upin Ipin yang diimpikan oleh syarikat itu sejak 2014 telah dimuktamadkan.

Pilihan Les Copaque? Cyberjaya dan ia dijangka dibuka pada 2024/ 2025.

Kredit : Hj Burhan

Jumlah tetamu yang disasarkan ialah 2 juta orang setahun.

Apa Bakal Ada?

Taman tema ini bakal dibuat gaya taman tema tradisi Melayu.

Kredit : Pada Zaman Dahulu

Dan selain Upin Ipin, akan ada karakter dan tarikan dari siri Puteri dan Pada Zaman Dahulu milik syarikat ini.

lokasi taman tema upin ipin
Kredit : Cyberjaya Info

Antara tarikan yang bakal ada termasuklah Terowong Mistik, Maze Garden, Wayang Interaktif 4D dan juga Rumah Hijau Pada Zaman Dahulu.

Kredit : Upin Ipin

Food court di sini pula akan bertemakan Warong Muthu.

Mengambil kira cuaca panas di Malaysia, kebanyakan tarikan berkemungkinan adalah jenis interaktif.

Penelitian Lama

Menurut bos Les Copaque, Haji Burhan Radzi, idea untuk membuka Upin Ipin bukan baru.

Kredit : Hj Burhan

Mereka telah melantik Sanderson Group sebagai konsultan untuk membuat kajian kebolehlaksanaan projek ini.

Hasilnya, pihak Sanderson memberitahu yang projek ini boleh dijayakan disebabkan jumlah peminat Upin Ipin yang ramai.

Kredit : Hj Burhan

Beliau dan isteri juga telah melawat pelbagai taman tema di seluruh dunia memahami dan melihat sendiri bagaimana cara menjayakan taman tema Upin Ipin nanti.

Kredit : Hj Burhan

Kata beliau, mereka berdua telah pergi ke kesemua 6 taman tema Disneyland seluruh dunia, 3 taman Universal Studios, dan juga ke Legoland, Ferrari World sehinggalah ke Bollywood Park di Dubai.

Selain taman tema berjenama dunia, beliau juga telah berkunjung ke taman tema di Jepun, Korea dan Rusia untuk memahami bisnes taman tema negara-negara ini.

14 staff senior Les Copaque juga telah dihantar ke Disneyland Los Angeles untuk merasakan sendiri suasana taman tema bertaraf dunia.

Lama Kumpul Data

Kredit : Upin Ipin

Menurut beliau lagi, ada sebabnya karnival Upin Ipin dibuat setiap tahun.

Ia dibuat untuk mereka melihat apa yang popular di kalangan pengunjung mereka.

Dan Les Copaque menukar jenis tarikan di karnival mereka untuk melihat sambutan dan mengkaji apa yang popular di kalangan peminat animasi mereka.

Kredit : Upin Ipin

Pada setiap karnival, data yang diambil akan digunakan buat taman tema mereka nanti.

Menurut beliau lagi, sejak 2011, jumlah tetamu karnival Upin Ipin semakin bertambah setiap tahun.

Kredit : Upin Ipin

Dan tambahnya kebanyakan pengunjung karnival ini adalah pengunjung tetap (repeat visitors) — iaitu jenis pengunjung yang amat penting untuk kejayaan sebuah taman tema.

karnival upin ipin
Kredit : Hj Burhan

Disebabkan ini, beliau yakin yang taman tema Upin Ipin yang bakal dibuka akan jadi satu kejayaan — bukan sahaja untuk Les Copaque, tapi untuk Malaysia.

Camna? Tak sabar nak tunggu ia buka?

Nota : Sebelum ini ada ura-ura tentang taman tema Upin Ipin di China.